awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat PAS yang lompat parti perlu kosongkan kerusi - PAS Selangor

Bernama
Bernama
24/07/2015
00:56 MYT
Wakil rakyat PAS yang lompat parti perlu kosongkan kerusi - PAS Selangor
Adun dan ahli Parlimen PAS perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu, jika ingin menyertai Gerakan Harapan Baru.
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota Parlimen dari PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi terlebih dahulu, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
Beliau berkata ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS.
"Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS? Kenapa perlu berselindung?" katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris hari ini yang menyebut tiga wakil rakyat Selangor dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.
ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib; dan Anggota Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, dilapor berkata mereka adalah sebahagian dari GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS dalam Pakatan Pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam pemilihan parti bulan lepas.
GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR. Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata PAS Selangor menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.
Topic Berkaitan
#Mohd Khairuddin Othman
#Setiausaha PAS Selangor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan