SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir menitahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit, sebaliknya bekerjasama demi perpaduan dan kebajikan rakyat.
Baginda bertitah dalam mengharungi senario ekonomi yang mencabar pada masa ini, kestabilan landskap politik amat penting bagi memastikan segala dasar yang dirangka dapat dilaksanakan sebaik mungkin.
"Justeru, berilah fokus kepada projek dan program yang telah dirangka agar dapat diterjemahkan dan dirasai oleh rakyat.
"Adalah menjadi tanggungjawab Ahli-Ahli Yang Berhormat untuk memimpin dan membimbing rakyat supaya sama-sama bersedia bergerak membina sebuah negeri dan negara yang teguh bersatu, sejahtera dan makmur," titah baginda pada Istiadat Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-15 di sini hari ini.
Turut berangkat Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Titah Tuanku Muhriz, dunia digital tanpa sempadan hari ini menjadikan segala tindakan dan perbuatan wakil rakyat akan segera diketahui dan dinilai oleh rakyat.
Sehubungan itu, baginda berharap kesemua ADUN berbahas dan berhujah secara rasional dan intelektual atas perkara yang boleh membawa kebaikan dan manfaat bersama serta menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh rakyat.
Dalam pada itu, Tuanku Muhriz turut berkenan menzahirkan penghargaan kepada Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun serta seluruh jentera pentadbiran atas iltizam yang ditunjukkan bagi memastikan lonjakan pembangunan di negeri ini berada di landasan yang tepat.
Baginda bertitah pelbagai ruang dan platform juga tersedia untuk rakyat menyuarakan hasrat dan pandangan masing-masing.
Tuanku Muhriz turut mengingatkan ADUN supaya sentiasa menghayati, melindungi, memelihara dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan.
"Peraturan-Peraturan Tetap Dewan juga hendaklah sentiasa dipatuhi semasa berhujah dan sepanjang persidangan berlangsung. Berpeganglah kepada prinsip mendahulukan kepentingan dan kesejahteraan rakyat serta kemakmuran negeri dalam setiap hujah yang disampaikan," titah baginda.
Selain itu, baginda juga melahirkan sukacita atas langkah proaktif agensi kerajaan yang mengubah pendekatan perkhidmatan dengan kerap melaksanakan kaedah turun padang sekali gus memudahkan rakyat memperoleh perkhidmatan secara terus serta berinteraksi secara langsung.
"Aspek pentadbiran negeri, pemerkasaan tadbir urus, penambahbaikan sistem kerja dan kepelbagaian medium penyampaian perkhidmatan merupakan penunjuk penting ke arah kesejahteraan rakyat," titah Tuanku Muhriz.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 06 2024
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan bertitah pada Persidangan Kedua (Perasmian) Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, ke-15, hari ini. - Foto Bernama
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Kubur suspek dijarakkan, tidak perlu simpati' - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram pada pagi Jumaat, perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Kubur suspek serang Balai Polis Ulu Tiram perlu dijarakkan - Jawatankuasa Fatwa
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor memutuskan kedudukan kubur suspek yang menyerang Balai Polis Ulu Tiram perlu berjauhan dari liang lahad kubur yang lain.
Helikopter terhempas: Malaysia dukacita tragedi menimpa Presiden Iran - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim hiba dan sedih atas laporan Presiden Iran, Ebrahim Raisi yang terkorban dalam nahas helikoptyer terhempas pada Isnin.
Polis siasat serangan bersifat rambang atau terkoordinasi
Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat sama ada beberapa insiden melibatkan keselamatan institusi penting negara dan yang membabitkan Ahli Parlimen sejak beberapa hari lepas adalah tindakan rambang atau rancangan terkoordinasi.
Pengurusan jenazah suspek serangan balai polis tidak boleh dilakukan di masjid, surau
Jawatankuasa Fatwa Negeri Johor putuskan pengurusan jenazah suspek insiden serangan balai polis Ulu Tiram dimandikan, dikafankan dan disolatkan di hospital atau di rumah keluarga suspek sahaja.
Garis panduan penapisan filem baharu diperkenal
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan pada Isnin bagi memastikan penggiat seni menghasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif melibatkan masyarakat negara ini.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata tiga teras utama diterapkan dalam garis panduan baharu penapisan filem iailah keselamatan dan ketenteraman awam, keagamaan serta moral dan sosiobudaya.
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
Perdagangan Malaysia naik 12.1 peratus, eksport meningkat 9.1 peratus pada April - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus kepada RM221.74 bilion berbanding April 2023.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
Wakil rakyat perlu ketepi agenda politik sempit - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan menitahkan semua ADUN negeri ini supaya mengetepikan agenda politik sempit.
Beberapa enakmen berkaitan agama Islam di Negeri Sembilan akan dipinda - Tuanku Muhriz
Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini bertitah beberapa enakmen berkaitan agama Islam di negeri ini akan dipinda.
Ada pihak cuba ganggu-gugat kestabilan kerajaan - Tuanku Muhriz
Tuanku Muhriz menzahirkan kesyukuran kerana proses pilihan raya berjalan dengan lancar tanpa kekacauan dan kekecohan yang serius.
Tuanku Muhriz bangga N. Sembilan catat pelaburan RM5.8 bilion tahun lepas
Pencapaian itu juga melebihi sasaran RM5 bilion ditetapkan termasuk 3,000 peluang pekerjaan dapat ditawarkan.
Sidang DUN Negeri Sembilan berlangsung 30 minit
Persidangan DUN yang diadakan sehari sahaja itu juga berlangsung tanpa sebarang perbahasan serta soal jawab daripada ahli dewan.