awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wakil rakyat tidak kisah jika pencen mereka dimansuhkan

Sinar Harian
Sinar Harian
27/01/2024
00:30 MYT
Wakil rakyat tidak kisah jika pencen mereka dimansuhkan
Dari kiri, Fahmi, Mohd Amar dan Mohd Sany.
SHAH ALAM: Wakil rakyat sedia ada di negara ini tidak ada masalah sekiranya kerajaan memutuskan pencen mereka juga dimansuhkan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Panchor, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, urusan pencen adalah hak kerajaan dan beliau menerima apa sahaja keputusan dibuat.
“Semua atas kerajaan. Kalau kerajaan batalkannya, kita terima. Kalau diteruskan, kita ikut kerana ini keputusan kerajaan. Bukan kita yang membuat keputusan,” katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzah juga tidak mempunyai masalah sekiranya pemansuhan pencen penjawat awam dimulakan dengan wakil rakyat terlebih dahulu.
Bagaimanapun, katanya, perkara tersebut perlu dikaji dan diteliti secara menyeluruh sebelum dilaksanakan.
“Saya tiada masalah cuma nak lihat kajian dan cadangan bagaimana ia dilaksanakan. Kalau ada kebaikan, apa salahnya.
“Andai kata kita tiada pencen nanti, maksudnya lepas kita tidak lagi menjadi wakil rakyat, paling tidak pun adalah sedikit imbuhan untuk meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.
Beliau bagaimanapun mengakui perkara baharu itu bukan mudah untuk dilaksanakan.
“Sudah berpuluh tahun kita ada sistem pencen kemudian mahu dimansuhkan, sudah tentu bukan mudah kerana melibatkan ramai pihak,” jelasnya.
Sementara itu, ADUN Pantai Jerejak, Fahmi Zainol menawarkan diri menjadi wakil rakyat pertama dimansuhkan pencennya.
Namun, katanya, pemansuhan skim pencen perlu selaras kepada ahli politik baharu terutama yang berkhidmat cuma sepenggal.
“Mungkin tidak adil bagi wakil rakyat yang telah berkhidmat dalam tempoh yang panjang.
“Tapi bagi ahli politik yang baharu atau berkhidmat sepenggal lebih relevan untuk tidak memperoleh pencen,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Beliau turut mencadangkan agar kaedah baharu seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dilaksanakan untuk wakil rakyat bagi menggantikan skim pencen. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#wakil rakyat
#penjawat awam
#pencen
#pemansuhan pencen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan