Kementerian Kesihatan akan meneliti semula waktu melawat di hospital kerajaan bagi memastikannya lebih fleksibel, sekali gus memudahkan orang ramai.
Menterinya Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata bagaimanapun ada beberapa kekangan dalam melaksanakan waktu melawat fleksibel, antaranya bilangan pesakit yang ramai serta sistem wad terbuka.
"Dengan jumlah pesakit yang ramai, bilangan pelawat juga akan ramai dan ini akan mengganggu perkhidmatan kami. Tambahan pula dengan sistem wad terbuka, kami tidak boleh benarkan pelawat masuk sepanjang masa," katanya ketika ditemui pemberita selepas perhimpunan bulanan kementerian itu, di sini hari ini.
Menurut Liow, kehadiran kanak-kanak berusia di bawah 12 tahun juga boleh menimbulkan masalah kerana mereka mungkin bermain sesama mereka dan menyebabkan gangguan pada peralatan serta mesin untuk rawatan.
Pada majlis sama, Liow turut melancarkan 'Clearinghouse for Research on Disability' iaitu pangkalan data elektronik yang mengumpul dan menyebar luas maklumat pendidikan mengenai ketidakupayaan dan orang kurang upaya (OKU) menerusi laman sesawang http://chdisability.moh.gov.my.
Beliau berkata maklumat yang dimuat naik meliputi garis panduan, laporan serta penyelidikan dan tesis.
Sehingga kini sejumlah 1,216 penyelidikan meliputi 472 penyelidikan tempatan dan 744 penyelidikan antarabangsa dimuat naik dalam pangkalan data terbabit.
"Pengwujudan clearinghouse ini adalah salah satu langkah mengurangkan halangan bagi OKU dengan menyediakan panduan kepada pihak yang berkepentingan dalam meningkatkan kualiti hidup mereka.
"Selain itu OKU yang berminat juga boleh mengakses laman web ini yang mempunyai ciri-ciri mesra OKU," katanya.
Bernama
Tue Dec 04 2012
NHF penting untuk perkukuh sinergi penjagaan kesihatan awam, swasta - MPS
Sistem pembiayaan kesihatan nasional langkah tangani peningkatan kos penjagaan kesihatan, meningkatkan serta membentuk model penjagaan kesihatan yang mampan untuk seluruh rakyat Malaysia.
Kejatuhan rejim Assad bongkar empayar dadah Captagon Syria
Pasukan pembebasan berjaya hapuskan pusat pengedaran dadah perangsang terbesar yang selama ini membanjiri pasaran gelap di seluruh Asia Barat.
Nancy Pelosi dimasukkan ke hospital di Luxembourg akibat cedera
Bekas Speaker AS yang berusia 84 tahun itu cedera ketika menyertai delegasi Kongres bipartisan ke Luxembourg untuk memperingati ulang tahun ke-80 Pertempuran Bulge.
Lembangan sungai utama di Kelantan diramal banjir pada 16 -19 Disember - JPS
Lembangan sungai utama di 10 jajahan di Kelantan dijangka berlaku banjir bermula 16 hingga 19 Dis ini, menurut amaran dikeluarkan Jabatan Pengairan dan Saliran .
Meta sumbang AS$1 juta untuk majlis angkat sumpah Donald Trump
Derma ini merupakan langkah terkini oleh CEO Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump.
Francois Bayrou dilantik PM baharu Perancis
Presiden Emmanuel Macron lantik sekutunya dalam usaha untuk meredakan krisis politik yang semakin melemahkan pengaruhnya.
KL City nafi bekalan selesa JDT
JDT akan meneruskan saingan aksi kedua suku akhir dengan bertemu KL City pada 21 Dis ini di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Skuasy Berpasukan Dunia 2024: Malaysia raih gangsa
Skuad wanita kebangsaan membawa pulang pingat gangsa apabila tewas 0-2 kepada Amerika Syarikat pada separuh akhir Kejohanan Skuasy Berpasukan Dunia 2024 di Hong Kong, malam tadi.
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus pada November 2024 - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia turun lapan peratus tahun ke tahun kepada 67,523 unit pada November 2024, susut daripada 73,262 unit pada bulan yang sama tahun lepas.
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
Jangan benar agenda Dr Mahathir rampas hak rakyat - Tiong Lai
Beliau berkata tindakan Dr Mahathir kembali semula ke medan pilihan raya umum lebih berpaksikan kepada agenda peribadi dan dendam terhadap Datuk Seri Najib Razak selaku perdana menteri.
Enam tren baharu tingkatkan 50 peratus keupayaan ERL
Keupayaan perkhidmatan Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan meningkat 50 peratus berikutan pelancaran enam tren baharu hari ini.
Malaysia yakin Ocean Infinity mampu rungkai misteri MH370
Syarikat penerokaan dasar laut dari AS itu punyai keupayaan teknologi & aset canggih, serta pasukan berpengalaman luas.
DAP tidak punya masa depan - Tiong Lai
DAP disifatkan tiada masa depan kerana tidak berprinsip dan bersemangat serta dilihat gagal membawa rakyat negara ini ke mana-mana.
Selat Melaka bebas ancaman lanun
Selat Melaka menjadi laluan perairan perdagangan yang selamat dan bebas dari ancaman lanun sejak empat tahun lepas hasil penguatkuasaan bersepadu yang dilakukan di sepanjang selat itu.
MCA terima keputusan tolak penganjuran pesta arak
MCA menerima keputusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara atas faktor keselamatan.
Keluarga MH370 rancang kumpul RM67 juta teruskan sendiri usaha pencarian
Hari ini keluarga MH370 melancarkan inisiatif untuk menjalankan usaha pencarian secara persendirian dengan sasaran mengumpul RM67 juta (USD15 juta).
MH370: Masalah dana bukan punca penangguhan pencarian - Tiong Lai
Penangguhan pencarian pesawat MH370 bukan disebabkan masalah dana, tegas Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai.
PM Najib umum landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan landasan Lapangan Terbang Sandakan akan dipanjangkan bagi membolehkan pesawat penerbangan terus dan sewa dari China mendarat.
Laporan akhir siasatan penerbangan MH370 dijangka siap tahun ini - Tiong Lai
Laporan siasatan akhir mengenai pesawat Malaysia Airlines Penerbangan MH370, yang hilang pada 8 Mac 2014, dijangka siap tahun ini.