awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Walaupun geopolitik mencabar, lawatan Presiden China dirancang lebih awal - PM

Seth Akmal
Seth Akmal
14/04/2025
10:24 MYT
Walaupun geopolitik mencabar, lawatan Presiden China dirancang lebih awal - PM
Ini merupakan lawatan negara kedua oleh Presiden Xi ke Malaysia selepas lawatan pertama pada tahun 2013. - Gambar fail Pejabat Perdana Menteri
PUTRAJAYA: Lawatan Presiden Republik China, Xi Jinping telah dirancang lebih awal sebagai usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan China.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa meskipun lawatan ini berlangsung dalam suasana geopolitik yang mencabar, namun pertemuan tersebut telah dirancang lebih awal.
“Perdana Menteri ingin menegaskan bahawa meskipun lawatan ini berlangsung dalam suasana geopolitik dan geo-ekonomi serantau yang mencabar, ia telah dirancang lebih awal sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memperkukuh hubungan dua hala antara kedua dua negara ini,” kata Setiausaha Akhbar Kanan Perdana Menteri Tunku Nashrul Abaidah.
Tambahnya, Perdana Menteri turut menegaskan bahawa Malaysia adalah negara perdagangan yang mengamalkan keterbukaan dan menjalin hubungan seimbang dengan semua rakan antarabangsa.
Sebagai Pengerusi ASEAN 2025, Malaysia juga memikul tanggungjawab penting dalam mempromosikan keterangkuman dan memastikan keamanan serantau.
Tambahnya, ini merupakan lawatan negara kedua oleh Presiden Xi ke Malaysia selepas lawatan pertama beliau pada tahun 2013, dan menandakan kesinambungan hubungan diplomatik yang telah terjalin selama lebih 50 tahun antara kedua-dua negara.
Xi Jinping, akan memulakan lawatan rasmi ke Malaysia bermula esok hingga Khamis atas undangan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.
Beliau berkata demikian pada taklimat harian Pejabat Perdana Menteri (PMO) yang disiarkan secara langsung di Facebook Anwar Ibrahim dan Facebook PMO Malaysia hari ini.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#ASEAN
#China
#lawatan rasmi
#Sultan Ibrahim
#Xi Jinping
#Yang di-Pertuan Agong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan