Kerajaan tidak menafikan bahawa Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah memperolehi keuntungan bersih sebanyak RM4.58 bilion pada tahun lepas tetapi ia tidak mencukupi untuk menampung kos pelaburan bagi projek-projek baru.
Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata keuntungan bersih yang diperolehi bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Ogos 2013 itu masih belum menampung kos pelaburan bagi membiayai projek-projek penjanaan yang baru serta projek-projek penghantaran dan pengagihan yang dianggarkan sekitar RM6 ke 7 bilion.
Maximus berkata demikian semasa menjawab soalan dari ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali yang bertanya tentang apakah justifikasi kerajaan terhadap kenaikkan kadar tariff elektrik pada bulan Januari 2014 dan adakah kerajaan bercadang untuk menaikkan kadar tariff pada masa akan datang.
Maximus berkata, berdasarkan mekanisme pelepasan kos bahan api dan penjanaan, kos sebenar untuk membekal elektrik akan disemak semula setiap enam bulan selaras dengan semakan harga bahan api iaitu gas (LNG) kepada sektor elektrik.
“Sekiranya berlaku sebarang perubahan harga bahan api, kos ini akan dilepaskan kepada pengguna.
“Bagi mengurangkan kesan kenaikan tarif kepada pengguna, kementerian sedang mengkaji cadangan menggunakan penjimatan daripada rundingan semula perjanjian pembelian tenaga bagi penjana tenaga bebas iaitu IPP yang melibatkan RM1.57 bilion bagi tempoh kutipan Mac 2013 hingga Jun 2017 bagi menampung kenaikan tarif elektrik pada masa akan datang," katanya.
Sementara itu, beliau menegaskan bahawa semakan tariff yang telah berkuatkuasa mulai 1 Januari 2014 sebahagian besarnya adalah disebabkan semakan semula harga bahan api atau gas domestik daripada RM13.70/MMBtu kepada RM15.20MMBtu, harga arang batu daripada USD85/tan kepada USD87.5/tan serta penggunaan gas asli cecair (LNG) yang diimport pada harga pasaran iaitu RM41.68/MMBtu.
“Komponen bahan api ini telah menyumbang kepada kenaikkan tariff keseluruhan sebanyak RM4.09sen/kWj atau 82 peratus daripada kenaikkan tariff keseluruhan sebanyak RM4.99sen/kWj.
“Sebarang perubahan harga bahan api ini sudah tentu akan memberi kesan yang signifikasi kepada kos membekalkan elektrik,” tambahnya.
T K Letchumy Tamboo
Thu Jun 12 2014
Walaupun TNB untung RM4.58 billion, ia masih tidak cukup - Maximus
Prospek sektor korporat neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih WiFi di UM, USIM, UniMAP - Fahmi
MCMC peruntuk RM13.7 juta bagi tingkatkan akses internet di tiga universiti awam Universiti Malaya (UM), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).
IPT di negara ini sedia kuasa AI sepenuhnya
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Sembilan siri latihan polis bantuan dirancang tahun depan
Sebanyak sembilan siri latihan polis bantuan dirancang untuk dilaksanakan di seluruh negara tahun hadapan berikutan permintaan yang semakin meningkat.
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
MRA salur bantuan banjir bernilai lebih RM429,000
Sumbangan itu merangkumi bantuan makanan, bukan makanan dan perkhidmatan.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
Ongkili bercuti, Joachim pemangku Presiden PBS bermula 1 Jun
Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili akan mula bercuti daripada memegang jawatan tertinggi parti itu bermula 1 Jun.
Maximus Ongkili dilantik Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah
Datuk Seri Maximus Ongkili dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Tenaga Sabah, berkuat kuasa hari ini.
Maximus Ongkili kekal sebagai Presiden PBS
Mesyuarat Majlis Tertinggi Parti Bersatu Sabah (PBS) hari ini sebulat suara mengundi untuk mengekalkan Datuk Seri Maximus Ongkili bagi terus menerajui parti itu sebagai Presiden.
PBS, PH sokong rang undang-undang antilompat parti di DUN Sabah
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Pakatan Harapan (PH) akan menyokong rang undang-undang anti lompat parti apabila ia dibentangkan pada Persidangan DUN Sabah.
Hanya EGM yang boleh tentukan keabsahan Hajiji sebagai Pengerusi GRS - Penganalisis
Jelas Syahruddin keabsahan kedudukan Hajiji perlu dijustifikasikan melalui Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi mengembalikan keyakinan dalam anggota gabungan dan rakyat negeri itu.
GRS gugurkan keanggotaan Bersatu pada 9 Dis lalu, putuskan Hajiji kekal Pengerusi
Mesyuarat turut memutuskan gabungan itu menyertai Kerajaan Perpaduan atas komitmen membina kerajaan yang stabil.
Penstrukturan semula PBS, fokus ke arah generasi muda
Parti bercadang untuk melaksanakan program secara penglibatan langsung golongan muda dalam peranan sebagai pemimpin.
PRU15: PBS akan terus perjuang nasib rakyat, walau hanya menang satu kerusi
Datuk Seri Maximus Ongkili berkata, PBS akan terus bersama-sama menjadikan Dewan Rakyat sebagai platform untuk memajukan Sabah.
PRU15: Selepas 27 tahun, Maximus Ongkili tewas di Kota Marudu
Wetrom memperolehi undi sebanyak 24,318, sementara Ongkili meraih 16,144 undi dalam saingan enam penjuru.
PRU15: Saya telah tunaikan tanggungjawab, kini giliran anda - Ongkili
Ongkili yang juga merupakan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam misi mempertahankan kerusi Kota Marudu bagi penggal ketujuh kali ini atas tiket Gabungan Rakyat Sabah (GRS).