NATIONAL
Wan Azizah sedia bincang isu peralihan PM dalam Majlis Presiden PH

Wan Azizah Wan Ismail di majlis pelancaran Kempen Cintai Alam Sekitar, di Kuala Lumpur pada Sabtu. - Gambar Astro AWANI
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyatakan kesediaan beliau untuk berbincang berkenaan isu peralihan jawatan Perdana Menteri menerusi mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan.
Mengulas kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam, Timbalan Perdana Menteri bagaimanapun berkata, perkara itu telah dipersetujui sebelum ini.
“Boleh juga kita (Majlis Presiden Pakatan Harapan) jumpa. Tapi kita dah… macam seperti mana Tan Sri (Muhyiddin) kata, dia (perjanjian) dah tandatangani,” jawabnya ringkas selepas melancarkan Kempen Cintai Alam Sekitar, di sini hari ini.
Muhyiddin turut mengakui soal peralihan kuasa disebut ketika perjanjian awal antara empat pemimpin melibatkan beliau, Wan Azizah (ketika itu Presiden PKR); Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu.
BACA: "Ada perjanjian bertulis peralihan kuasa" - Anwar Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami