Skip to main content

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Julai 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Julai 2026.

  1. [TERKINI] Network School di Forest City: Johor mahu siasatan menyeluruh - MB

    Kerajaan negeri meminta agensi berkaitan menjalankan semakan serta siasatan menyeluruh, terhadap identiti dan kewarganegaraan individu terlibat.

  2. Filem Netflix lakonan Mark Wahlberg angkat profil global Pulau Pinang

    Penggambaran yang berlangsung sejak tiga hari lalu melibatkan beberapa lokasi ikonik di Pulau Pinang termasuk Jawi Peranakan Mansion, Cheong Fatt Tze – The Blue Mansion, Lorong Ikan di George Town dan Stadium Bandaraya Pulau Pinang.

  3. Malaysia-Thailand percepat MoU pertahanan, pertingkat industri tempatan dan kawalan sempadan

    Pemeteraian MoU berkenaan penting bagi membuka ruang kerjasama lebih luas dalam pembangunan industri pertahanan, termasuk memberi manfaat kepada pemain industri tempatan.

  4. Harga minyak Malaysia lebih rendah berbanding Arab Saudi, Qatar - PM Anwar

    Harga petrol RON95 bersubsidi di bawah inisiatif BUDI MADANI kekal pada RM1.99 seliter, berbanding harga di Arab Saudi yang kini melebihi RM2.40 seliter.

  5. Rosmah saman Harith Iskander dakwa jadi mangsa penghinaan dalam persembahan komedi

    Rosmah mendakwa Harith Iskander telah memaparkan imej berkaitan makhluk mitologi seram dalam kepercayaan masyarakat Malaysia, sebelum memaparkan imej beliau.

  6. PH kini pembangkang di Melaka, 5 ADUN tarik sokongan

    Pakatan Harapan (PH) Melaka memutuskan untuk menarik sokongan susulan kelulusan Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Negeri Melaka (Pindaan) 2026.

  7. Parti Wawasan Negara sah jadi anggota PN - Takiyuddin

    Parti Wawasan Negara secara rasmi menjadi parti anggota Perikatan Nasional (PN) selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan pertukaran nama Parti Cinta Malaysia (PCM) kepada Parti Wawasan Negara pada 6 Julai lepas.

  8. PM Anwar gesa DAP tangguh keputusan, utamakan PRN Negeri Sembilan

    Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar kemelut politik melibatkan DAP Melaka diselesaikan secara rundingan bagi memastikan fokus parti tidak terjejas menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan.

  9. PH hanya pelengkap ‘perhiasan’ Kerajaan Perpaduan di Melaka - Ab Rauf

    Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh menegaskan keputusan PH menarik diri daripada pentadbiran kerajaan negeri tidak akan menjejaskan kestabilan politik mahu pun kedudukan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Melaka.

  10. Hakim Danish bakal miliki tribun khas di GP Malaysia 2026

    Pelumba Moto3 negara Muhammad Hakim Danish Ramli atau Hakim Danish bakal menerima sokongan istimewa peminat tempatan apabila Litar Antarabangsa Sepang (SIC) merancang menyediakan tribun khas sempena Grand Prix Malaysia (GP Malaysia) 2026 pada Oktober ini.

Must Watch Video

Advertisement