awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Ji dipenjara sembilan bulan kerana menghasut

Bernama
Bernama
09/04/2018
11:39 MYT
Wan Ji dipenjara sembilan bulan kerana menghasut
Wan Ji dihukum mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya. - Gambar fail/BERNAMA
Seorang penceramah bebas dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini kerana menerbitkan penerbitan menghasut bagi menghina Sultan Selangor melalui laman sosial Facebook, enam tahun lepas.
Hakim Mohd Sabri Ismail memerintahkan Wan Ji Wan Hussin, 35, menjalani hukuman itu selepas dia didapati bersalah menerbitkan perkataan yang menghina Sultan Sharafuddin Idris Shah termasuk membabitkan isu agama dalam laman sosial Facebook dengan nama wanji.attaaduddi.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Perumahan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Tingkat 5, Bangunan Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 5 di sini pada 10 pagi, 5 Nov 2012.
Wan Ji dihukum mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh, yang diwakili peguam Mohd Radzlan Jalaludin, untuk menangguh pelaksanaan hukuman sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai dan membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM5,000 serta seorang penjamin.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Naliatul Huzaimi Ab Rasip yang mengendalikan pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal dengan mengambil kira keseriusan kesalahan yang dilakukan oleh Wan Ji.
BACA: Wan Ji Wan Hussin mengaku tidak bersalah hina Sultan
"Tertuduh membuat penerbitan itu dalam Facebook yang boleh dicapai di serata dunia. Penggunaan ayat dalam penerbitan itu adalah kasar bukan sahaja terhadap Sultan Selangor malah kepada mana-mana individu.
"Perkataan itu sangat menghina Sultan Selangor dan mencakupi kecenderungan menghasut. Saya mohon mahkamah mempertimbang setiap perkataan digunakan tertuduh dalam penerbitan menghasut itu terhadap Sultan Selangor dalam menjatuhkan hukuman," katanya.
Mohd Radzlan pula memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan atas alasan anak guamnya perlu menyara isteri yang menghidap diabetes dan lima anak berusia antara sebulan dan 13 tahun.
Beliau berkata anak guamnya merupakan seorang penceramah bebas yang tidak mempunyai pendapatan tetap sebelum dilantik menjadi pegawai penerangan Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sejak lapan bulan lalu dengan pendapatan RM4,000 sebulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Mahkamah Sesyen
#menghasut
#menghina
#penceramah bebas
#penjara
#sembilan bulan
#Sultan Selangor
#Wan Ji Wan Hussin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan