awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wan Junaidi rasmi Mesyuarat Penggal Keempat DUN Sarawak

Bernama
Bernama
19/05/2025
04:35 MYT
Wan Junaidi rasmi Mesyuarat Penggal Keempat DUN Sarawak
Wan Junaidi memeriksa kawalan kehormat utama yang diketuai Pengarah Pancaragam Polis Diraja Malaysia pada perasmian Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan DUN Sarawak, hari ini. - Gambar Bernama
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar merasmikan Istiadat Pembukaan Mesyuarat Pertama bagi Penggal Keempat Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-19, di sini.
Ketibaan Wan Junaidi dan isteri, Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi disambut Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta Speaker Dewan Undangan Negeri, Tan Sri Mohamad Asfia Awang Nassar.
Istiadat dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku sebelum Wan Junaidi memeriksa kawalan kehormat utama, dengan kekuatan seramai 40 anggota yang diketuai Pengarah Pancaragam Polis Diraja Malaysia.
Persidangan DUN kali ini akan berlangsung selama lapan hari mulai hari ini sehingga 28 Mei dengan enam Rang Undang-Undang (RUU) akan dibentangkan.
Ini termasuk RUU Perbekalan Tambahan (2024) 2025, RUU Perbekalan Tambahan (2025) 2025, RUU (Pindaan) Pusat Biodiversiti Sarawak 2025, RUU (Pindaan) Kanun Tanah 2025, RUU (Pindaan) Pihak Berkuasa Tempatan 2025 dan RUU (Pembubaran) Tabung Amanah Pembangunan Infrastruktur 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#DUN Sarawak
#Mesyuarat DUN
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#Yang di-Pertua Negeri Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan