KUCHING: Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar merupakan figura yang pernah berada di barisan paling hadapan dalam mempertahankan kedaulatan tanah air daripada ancaman komunis selain berpengalaman luas dalam urusan pentadbiran negara.
Mempertaruhkan nyawa dalam beberapa siri operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara di kawasan Miri, Sibu serta Kapit semasa berkhidmat bersama Pasukan Polis Hutan, menjadi bukti kesetiaan patriot itu semasa negara berada dalam tempoh sukar.
Wan Junaidi, 77, hari ini menerima surat cara pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara.
Beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembagaan Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun bermula 26 Jan 2024 hingga 26 Jan 2028.
Pelantikan beliau adalah bagi menggantikan Tun Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.
Dilahirkan di Kampung Pendam (kini Sadong Jaya), Sarawak pada 1 Feb 1946, Wan Junaidi menyertai pasukan Polis Diraja Malaysia pada 1964 sebelum berkhidmat dalam Pasukan Polis Hutan dari tahun 1968 hingga 1973, dan dalam tempoh itu beliau juga pernah bertugas di Kawasan Keselamatan Rajang (Rascom).
Beliau kemudiannya mengikuti pengajian dalam bidang undang-undang di University of Buckingham, England pada tahun 1978 sebelum menjadi pengamal undang-undang dari 1982 hingga 2008.
Permulaan perjalanannya sebagai seorang wakil rakyat bermula pada 1990 selepas memenangi kerusi Parlimen Batang Lupar dalam Pilihan Raya Umum kelapan yang dipertahankannya untuk dua penggal seterusnya, sebelum berpindah ke Parlimen Santubong pada Pilihan Raya Umum ke-11 pada 2004 dan berjaya mempertahankannya untuk empat penggal berturut-turut sehingga pilihan raya umum pada 2022.
Di peringkat Persekutuan pula menyaksikan beliau dilantik sebagai Timbalan Speaker Dewan Rakyat dari tahun 2008 hingga 2013.
Beliau memegang pelbagai portfolio penting seperti Timbalan Menteri Dalam Negeri dari 2013 hingga 2015, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar (2015 hingga 2018) dan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (2020 hingga 2021).
Sepanjang perkhidmatannya di peringkat Persekutuan, jawatan yang paling memberi impak dan meninggalkan legasi beliau adalah semasa dilantik menjadi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) pada 2021 hingga 2022.
Walaupun berkhidmat dalam satu tempoh yang singkat, pelbagai pencapaian signifikan telah diraih beliau antaranya pindaan Perlembagaan Persekutuan berkaitan larangan Ahli Dewan Rakyat bertukar parti atau lebih sinonim dengan istilah 'lompat parti' serta berkaitan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Kejayaan beliau yang membawa kepada pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan bagi mengembalikan sebahagian hak Sarawak yang terhakis telah diiktiraf Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg sebagai antara sumbangan yang paling signifikan Wan Junaidi.
Abang Johari berkata Wan Junaidi berjaya mendapatkan kelulusan Parlimen untuk meminda Perkara 160 Perlembagaan bagi memasukkan Perjanjian Malaysia (MA63), Laporan Cobbold dan Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC).
Perkhidmatan dan kepakaran Wan Junaidi sememangnya tidak dapat disangkal apabila pada tahun 2023 beliau dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-19 pada 19 Jun 2023 bagi menggantikan Tan Sri Dr Rais Yatim.
Meletakkan keutamaan dalam melaksanakan agenda reformasi Parlimen untuk menambah baik cabang legislatif dalam pentadbiran negara menjadi keutamaan Wan Junaidi sejurus dilantik ke jawatan itu.
Institusi Parlimen dan Wan Junaidi seakan tidak dapat dipisahkan apabila figura hebat itu memulakan pelbagai usaha, termasuk memperkenalkan semula Akta Perkhidmatan Parlimen 1963 bagi membuka jalan kepada Dewan Rakyat untuk bertindak sebagai badan bebas, menjalankan hal ehwalnya sendiri, memilih petugasnya dan mengawal perbelanjaannya, namun ia dimansuhkan pada 1992.
Wan Junaidi turut mencuri perhatian apabila mengingatkan jemaah menteri supaya menghormati institusi Parlimen, dengan hadir sendiri bagi menjawab soalan yang dikemukakan kepada kementerian yang diwakili.
Ini kerana menurut beliau, Dewan Negara harus dihormati dan kehadiran seseorang menteri sangat penting dalam menjelaskan sesuatu persoalan yang dibangkitkan oleh Ahli Dewan Negara.
"Saya memperingatkan, kalau Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) boleh datang, kedua-kedua Timbalan Perdana Menteri (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof) boleh datang (ke sidang Dewan Negara), takkan menteri tak boleh datang?
"Takkanlah tempat ini rendah sangat untuk menteri datang. Ini dewan tertinggi Parlimen," tegur beliau semasa satu sesi jawab lisan di Dewan Negara pada 11 Dis lepas.
Selain terlibat dalam urusan pentadbiran dan politik, Wan Junaidi juga merupakan seorang penulis berbakat yang telah menulis beberapa buah buku, antaranya berjudul 'A Policeman' dan 'Evolusi Parlimen dan Speaker Parlimen Malaysia'.
Khidmat beliau yang bermula sebagai seorang wira Sang Saka Biru sewaktu negara masih diancam komunis satu ketika dahulu seterusnya berkembang dalam arena politik dan pentadbiran negara, kini mengorak ke depan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 26 2024

Wan Junaidi hari ini menerima surat cara pelantikan jawatan sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak kelapan daripada Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Foto Bernama

MOTAC komited kepada penambahbaikan program MM2H - Tiong
Program itu membentuk satu daripada platform pemastautin jangka panjang terkemuka dunia, menawarkan peringkat Platinum, Emas dan Perak.

EU mahu tingkat kerjasama dalam industri hijau, digital dengan Malaysia
EU dan Malaysia berkongsi matlamat alam sekitar yang sama, sekali gus mencerminkan komitmen kukuh mereka di bawah Perjanjian Paris.

'SHEconomy' pacu pertumbuhan inklusif ASEAN - Presiden WEF
Landskap ekonomi ASEAN perlu merentas sempadan dengan mengadaptasi dasar responsif gender dan model kerjasama bersepadu yang memperkasa wanita.

Tiong usaha tingkatkan kesalinghubungan udara Malaysia-Singapura
Usaha meningkatkan kesalinghubungan udara antara dua negara, termasuk potensi melancarkan laluan penerbangan terus Singapura-Bintulu.

Strategi Melaka lantik Fan Bingbing sebagai duta beri impak besar - Ab Rauf
Kejayaan berkenaan terbukti dengan peningkatan jumlah pelancong China ke Melaka iaitu sebanyak 664,687 orang pada tahun lepas berbanding 204,818 pada 2023.

Aspek pendidikan jangan terbatas, didik masyarakat dengan ilmu terkini - Abang Johari
Sarawak sentiasa menekankan cabang-cabang ilmu yang tertumpu ke arah penyelesaian cabaran global masa hadapan, khususnya bidang teknologi dan ekonomi.

PRU2025 Singapura catat peratusan keluar mengundi 92.83 peratus - ELD
Seramai 5,966 daripada 8,091 pengundi luar negara hadir di 10 pusat pengundian luar negara yang ditetapkan untuk membuang undi mereka.
Tumpuan Jumaat – 16 Mei 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Zelenskyy bertemu Erdogan bagi rundingan damai Rusia-Ukraine
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy, tiba di Ankara dan disambut penuh istiadat oleh Presiden Türkiye, Recep Tayyip Erdogan bagi membincangkan usaha damai perang Rusia-Ukraine.
Pertemuan ini berlangsung dalam bayang ketidaktentuan rundingan damai dengan Rusia yang dijadualkan di Istanbul.
Pertemuan ini berlangsung dalam bayang ketidaktentuan rundingan damai dengan Rusia yang dijadualkan di Istanbul.
Zelenskyy dakwa delegasi Rusia di Turkiye hanya 'boneka'
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy mendakwa Rusia hanya menghantar wakil berpangkat rendah tanpa mandat jelas ke Turkiye bagi rundingan damai kedua negara itu susulan konflik yang berlaku.

Buku 'The 365 Days in Astana'. Kisah peranan unik Wan Junaidi dalam sejarah Sarawak
Peristiwa yang direkodkan dalam buku itu menggambarkan serta mentakrifkan peranan terhormat Wan Junaidi.

Wan Junaidi, isteri tiba di Pulau Pinang bagi lawatan dan percutian rasmi
Wan Junaidi tiba pada 12.55 tengah hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di Bayan Lepas, dekat sini.

Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan selamat ulang tahun kelahiran kepada Wan Junaidi
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, hari ini.

Toh Puan Fauziah dahului senarai penerima darjah kebesaran sempena hari jadi TYT Sarawak
Isteri Yang Dipertua Negeri Sarawak Toh Puan Fauziah Mohd Sanusi mendahului senarai 1,046 penerima darjah kebesaran.

Perhimpunan di Sri Aman acara kemuncak sambutan Hari Malaysia Sarawak
Pertunjukan kebudayaan masyarakat tempatan, deklamasi puisi dan persembahan hiburan menjadi antara pengisian aktiviti pada majlis perhimpunan yang dihadiri kira-kira 3,000 hadirin.

Usah pertikai dokumen Perlembagaan berkaitan penubuhan Malaysia - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, dokumen-dokumen Perlembagaan tersebut adalah roh dan semangat kepada Perjanjian Malaysia 1963.

Formasi dron, pancaran laser warnai perasmian gilang-gemilang SUKMA 2024
Orang ramai mulai membanjiri stadium seawal 5 petang bagi bersama-sama menyaksikan pembukaan temasya dwitahunan kebangsaan itu.

SUKMA 2024: Sarawak bakal sajikan upacara pembukaan gilang-gemilang
Upacara itu akan memperlihatkan semangat perpaduan digambarkan menerusi gabungan pancaran laser yang pastinya memukau hadirin.

Ribuan umat Islam di Sabah dan Sarawak meriahkan sambutan Maal Hijrah
Sambutan Maal Hijrah 1446H/2024M di Sabah dan Sarawak hari ini dihadiri ribuan umat Islam bagi menghayati semangat hijrah dan perjuangan Rasulullah SAW.

Wan Junaidi beri penghormatan terakhir buat penerima SP
Yang Dipertua Negeri Sarawak memberikan penghormatan terakhir kepada mendiang Kpl (B) Etin Jam, seorang penerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa.