KUALA TERENGGANU: Pesilat Terengganu Wan Muhammad Haikal Wan Hussin yang meninggal dunia awal pagi tadi, sanggup menolak beberapa tawaran menyambung pengajian ke universiti demi memberi tumpuan untuk mewakili Terengganu ke Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.
Kakak Allahyarham Wan Nor Haslinda berkata tahun lepas adiknya menerima tawaran daripada beberapa universiti awam, namun anak keempat daripada lima beradik itu berhasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda selepas SUKMA.
"Dia (Allahyarham) memang bersemangat hendak masuk SUKMA kerana tahun ini tahun terakhir dia boleh mewakili Terengganu (ke SUKMA) kerana usianya telah 21 tahun.
"Namun apakan daya cita-citanya itu tidak tercapai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Wan Nor Haslinda berkata kali terakhir dia bertemu dengan Wan Muhammad Haikal yang dikenali sebagai seorang yang pendiam itu adalah pada awal Februari lepas ketika Allahyarham berkunjung ke rumahnya di Kuala Terengganu.
Jenazah Wan Muhammad Haikal dijangka tiba di Terengganu lewat petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Alur Selising di Jerteh selepas solat Isyak.
Wan Muhammad Haikal meninggal dunia di Hospital Tuanku Ja'afar, Seremban, selepas tidak sedarkan diri ketika pertandingan prapemilihan SUKMA petang semalam.
Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah berkata atlet tersebut jatuh di gelanggang ketika pertandingan berlangsung di Dewan Komuniti Taman Coral Heights di Sikamat, Seremban.
Sementara itu kerajaan Terengganu merakamkan ucapan takziah dan dukacita atas pemergian Allahyarham yang disifatkan sebagai atlet berbakat dan berpotensi besar.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan negeri Hishamuddin Abdul Karim berkata arwah merupakan atlet sasaran pingat SUKMA yang akan bertanding dalam kategori Putra l (85-90 kilogram).
Beliau berkata laporan kematian Wan Muhammad Haikal telah diterima pagi tadi dan pihaknya sedang menunggu laporan kronologi kes secara terperinci.
"Dalam rekod Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), ini ialah kes pertama berlaku dalam aktiviti sukan silat dan ia pastinya mengejutkan semua pihak.
"Pihak MSNT akan memperhalusi insiden ini dengan terperinci dan menyeluruh. Tindakan susulan akan diambil," katanya dalam kenyataan hari ini.
Hishamuddin berkata urusan membawa jenazah Allahyarham dari Negeri Sembilan ke Besut, serta kebajikan keluarga akan diuruskan oleh MSNT.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 03 2024
Jenazah Wan Muhammad Haikal (foto) dijangka tiba di Terengganu lewat petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Alur Selising di Jerteh selepas solat Isyak. -Gambar fail
Piala Asia: Malaysia tempah slot separuh akhir
Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 Mei 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
PM akui pertemuan dengan pemimpin Hamas timbulkan keresahan rakan khususnya di Barat
Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia hanyalah sebuah negara bebas yang menyokong usaha-usaha perdamaian di Semenanjung Gaza.
Dua gerai pasar malam di Nilai ditimpa pokok tumbang
Sebatang pokok tumbang dan menimpa dua khemah peniaga di tapak pasar malam Taman Semarak susulan hujan lebat petang tadi.
Kerajaan boleh tawar pilihan sewa kepada mereka tidak mampu beli rumah - Institut REHDA
Menurut REHDA, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih mampan berikutan tanah adalah sumber yang terhad.
450,000 orang tinggalkan Rafah dalam tempoh seminggu - PBB
Hampir 450,000 orang meninggalkan bandar Rafah di Gaza dalam tempoh seminggu.
Platform video Rumble saman Google kerana langgar peraturan persaingan
Platform hos video dalam talian, Rumble, telah mengemukakan saman ke atas Google dan Alphabet kerana melanggar peraturan persaingan semasa mempromosikan platform video YouTube.
Arboris tempatan terlalu sedikit daripada jumlah diperlukan - Pakar
Pensyarah Fakulti Perhutanan dan Alam Sekitar Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Madya Dr. Mohd Nazre Salleh berkata arboris tempatan yang ada ketika ini adalah jauh lebih rendah berbanding jumlah bakat yang diperlukan untuk memantau kesihatan pokok di bandar-bandar. Jelasnya, tanpa bilangan arboris yang mencukupi, audit pokok-pokok berusia tidak boleh dilaksanakan dengan berkesan.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Terus tanam pokok dalam bandar, walaupun ada kejadian pokok tumbang - NGO
Pengerusi Pertubuhan Ikatan Komuniti Selamat, Tan Sri Lee Lam Thye berkata penanaman pokok di bandar-bandar perlu diteruskan bagi tujuan menghijaukan kawasan tumpuan dan memelihara alam. Jelasnya, kejadian pokok tumbang tidak wajar menjadi penghalang kepada usaha menangani kesan perubahan iklim.
#AgendaAWANI
#AgendaAWANI
Wan Muhammad Haikal tolak tawaran ke universiti, mahu fokus SUKMA - Kakak
Jenazah Wan Muhammad Haikal dijangka tiba di Terengganu lewat petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Alur Selising di Jerteh selepas solat Isyak.