IPOH: Terdapat pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) kewangan sewaktu pengeluaran wang bantuan awal persekolahan berjumlah lebih RM100,000 yang dilarikan individu dalam satu kejadian di Beranang, Selangor semalam.
Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata itu antara maklumat awal yang diterima pihaknya dan kes itu kini dalam siasatan polis serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi mengenal pasti punca kejadian.
Menurut tatacara pengeluaran wang tunai yang dikeluarkan Kementerian Pendidikan, pengeluaran wang tunai hingga RM10,000 oleh pengetua atau guru besar hendaklah diiringi dua guru atau mendapatkan perkhidmatan pengiring daripada polis jika mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000.
"Kita ambil serius kerana kehilangan ini melibatkan jumlah yang cukup besar dan SOP kewangan telah dilanggar, kita ada SOP yang ketat bahawa (pengeluaran wang) lebih RM10,000 mesti ada pengiring, ini kan pula satu jumlah yang amat besar.
"Kita sedang menunggu laporan polis dan JPN Selangor, kemudian kita umumkan tindakan yang akan diambil," katanya selepas melawat Sekolah Kebangsaan Chepor di sini hari ini.
Dalam kejadian 10 pagi semalam, seorang guru besar berputih mata selepas wang bantuan awal persekolahan berjumlah RM109,000 yang diperuntukkan untuk sebuah sekolah di Beranang hilang selepas dilarikan individu yang memecah tingkap kenderaannya di Semenyih.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan, berdasarkan keterangan guru besar terbabit, mangsa yang berpengalaman 10 tahun mengendalikan transaksi pengeluaran wang tidak membuat sebarang permohonan polis pengiring kerana sudah biasa melakukan sebegitu.
Fadhlina berkata pihaknya tidak akan berkompromi dalam hal berkenaan.
Beliau berkata kementerian akan mengembalikan semula wang itu kepada sekolah berkenaan memandangkan ia hak yang perlu dipulangkan kepada murid sekolah melalui proses yang sepatutnya.
"Tindakan kepada guru besar pula kita serahkan kepada JPN dan pihak polis. Ini untuk memberi jaminan bahawa kes ini sedang disiasat dengan teliti," katanya.
Terdahulu, beliau meluangkan masa melawat Sekolah Kebangsaan Seri Tanjung, Tanjung Rambutan sebelum ke Sekolah Kebangsaan Chepor dan mengumumkan peruntukan untuk sekolah masing-masing sebanyak RM400,00 serta RM150,000 bagi tujuan penambahbaikan termasuk penyelenggaran sekolah.
Bernama
Tue Jan 17 2023

Fadhlina Sidek berkata kes itu kini dalam siasatan polis serta Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor bagi mengenal pasti punca kejadian. - BERNAMA

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Netanyahu terpaksa tangguh lawatan ke London
Keengganan juruterbang itu dikaitkan dengan rancangan Netanyahu untuk menyusun semula sistem perundangan Israel, yang menyebabkan protes besar-besaran.

Malaysia gesa diwujudkan agensi PBB urus isu air
Malaysia mencadangkan diwujudkan sebuah agensi khusus untuk air di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi melaksanakan Agenda Tindakan Air.

38 individu kerugian lebih RM120,000 dipercayai ditipu pakej umrah
Mangsa terpedaya dengan pakej umrah serendah RM2,990 seorang dengan kos lain, yang didakwa, akan ditanggung melalui tajaan.

Wang bantuan awal persekolahan hilang: Wujud pelanggaran SOP kewangan - Fadhlina
Jika mengeluarkan wang tunai melebihi RM10,000, perlu mendapatkan perkhidmatan pengiring daripada polis.

Bekas guru besar didakwa minta, terima RM164,800 untuk projek sekolah agama
Seorang bekas guru besar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas dua pertuduhan meminta dan menerima suapan RM164,800.

Guru Besar maut, motosikal langgar Alza terbabas, berpusing
Seorang Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Sahom maut dalam kemalangan membabitkan sebuah motosikal dan kereta jenis Perodua Alza di Kampar.

Kerajaan kekalkan jawatan guru besar, tak turun pangkat
Gred guru besar dan guru penolong kanan di sekolah rendah ditingkatkan sehingga ke gred maksimum DG54.

"Jangan risau, guru besar tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa" - Menteri Pendidikan
Guru besar yang menyandang gred DG52 tidak akan kembali bertugas sebagai guru biasa di sekolah rendah seperti didakwa.

SPRM tahan guru besar wanita salah guna kedudukan
Wanita berusia 58 tahun itu ditahan ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Sungai Petani, pada jam 1 tengah hari tadi.

KPM digesa kaji dakwaan guru besar 'turun pangkat' apabila sandang gred DG52
Mustafa Kamal berkata, guru besar yang sedang memegang jawatan sekarang akan berada di gred DG52 tidak lama lagi akan 'turun' setaraf guru biasa dan ini sangat mengelirukan.

Tuntutan palsu: Guru besar, pengarah syarikat direman tiga hari
Ia bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu berjumlah lebih RM80,000.

Guru besar mengaku tidak bersalah beri kontrak alat bantu mengajar pada isteri, adik lelaki
Tertuduh didakwa guna kedudukan meluluskan tender pembelian alat bantu mengajar dan peralatan bernilai RM36,466.15.