KUALA LUMPUR: Seorang lelaki berusia 50 tahun yang juga pengetua di sebuah sekolah di Semenyih berputih mata selepas Wang Bantuan Persekolahan berjumlah RM109,000 yang dikeluarkannya dari sebuah mesin wang tunai ATM dicuri pada Isnin.
Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku sewaktu pengetua sekolah berkenaan singgah ke sebuah restoran untuk membeli minuman sebelum mendapati cermin tingkap keretanya telah dipecahkan.
“Mangsa ketika kejadian berseorangan telah mengeluarkan wang tunai berjumlah lebih kurang RM109,000 dari sebuah bank di kawasan Kampung Baru Semenyih yang merupakan wang bantuan awal persekolahan.
“Dalam siasatan lanjut dapati selepas mangsa mengeluarkan wang tersebut yang berada di dalam sebuah beg, telah ditinggalkan di dalam kenderaan mangsa jenis Toyota di bahagian tempat duduk hadapan sebelah penumpang, sebelum ke sebuah restoran untuk membeli minuman.
“Selang hampir 10 minit apabila kembali ke kenderaan, mangsa dapati cermin kereta milik mangsa telah dipecahkan di bahagian kanan penumpang belakang, dan beg yang berisi wang tunai tersebut telah dicuri,” ujarnya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Siasatan telah dijalankan dibawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan, di mana jika disabitkan kesalahan boleh dihukum penjara tujuh tahun dengan denda atau kedua-duanya sekali.
Pihak polis telah pergiatkan usaha mengesan saspek yang terlibat.
Mana-mana orang awam yang ada mempunyai maklumat berkaitan kes tersebut boleh berhubung dengan mana-mana balai polis atau berhubung terus dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Rahmat Adnan di talian 014-5156933 bagi membantu siasatan.
Faris Danial Razi
Mon Jan 16 2023

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan, kejadian berlaku sewaktu pengetua sekolah berkenaan singgah ke sebuah restoran untuk membeli minuman sebelum mendapati cermin tingkap keretanya telah dipecahkan. - Astro AWANI
[TERKINI] Kedudukan UM melonjak 100 anak tangga
Tujuh universiti tempatan tersenarai antara 500 universiti terbaik di dunia, termasuk Universiti Malaya (UM) terus mengekalkan kedudukan pertamanya di negara ini.
Malah, kedudukan universiti berusia 118 tahun itu terus melonjak 100 anak tangga ke 251 dari 300 universiti dunia berbanding kedudukan 351 pada tahun lalu.
Malah, kedudukan universiti berusia 118 tahun itu terus melonjak 100 anak tangga ke 251 dari 300 universiti dunia berbanding kedudukan 351 pada tahun lalu.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 September 2023.

MARDI jalankan penyelidikan tanaman bawang, kurang kebergantungan bawang import
Tiga varieti bawang merah iaitu BAW-1, BAW-2, dan BAW-3 telah dilancarkan baru-baru ini

THE World Rankings: Kedudukan UM naik 100 anak tangga, kekal universiti terbaik di Malaysia
Kedudukan universiti berusia 118 tahun itu terus melonjak 100 anak tangga ke 251 daripada 300 universiti dunia berbanding kedudukan 351 tahun lalu.
Tumpuan Khamis - 28 September 2023
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Parlimen bukan 'Brahmin', Parlimen milik rakyat
Sebagai sebuah badan legislatif, Parlimen tidak boleh bersifat seperti 'Brahmin' dan menganggap rakyat sebagai golongan bawahan.

Ops Khas Motosikal: 14,780 saman dikeluarkan terhadap penunggang motosikal - JPJ
Sebanyak 14,780 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan lalu lintas, sepanjang Ops Khas Motosikal Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur yang dilaksanakan sejak 1 Sept hingga hari ini.

Banjir pulih sepenuhnya di Perlis, jumlah mangsa meningkat di Kedah
Banjir di Perlis telah pulih sepenuhnya, namun jumlah mangsa banjir di Kedah mencatatkan peningkatan setakat 8 malam ini.

Keindahan pekerti, akhlak Rasulullah contoh ikutan terbaik - PM
Keindahan pekerti dan akhlak Rasulullah SAW yang tidak pernah mencela, memfitnah atau memaki hamun sesiapa adalah contoh terbaik untuk dijadikan ikutan.
10 Berita Pilihan - (27 September 2023)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Wang bantuan persekolahan RM109,000 hilang sekelip mata dicuri
Kejadian berlaku sewaktu pengetua sekolah berkenaan singgah ke sebuah restoran untuk membeli minuman.