Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa berkata, wanita tersebut ditahan susulan laporan polis berhubung sebuah klip video berdurasi satu minit 16 saat yang tular di media sosial.
"Wanita tersebut kelihatan menggunakan sejenis alat dipercayai sebatang pen sambil memberikan amaran dan memarahi kanak-kanak perempuan itu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya, kanak-kanak terbabit telah diselamatkan oleh pihak polis dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan serta rawatan lanjut.
"Wanita berusia 22 tahun ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah.
"Kita telah mengambil keterangan daripada ahli keluarga mangsa untuk membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001," katanya.
Sinar Harian
Sat Dec 07 2019
Paparan skrin seorang wanita memarahi anak tirinya tular di laman sosial. - Sinar harian
SPRM tidak pernah henti siasatan kes LCS - Azam Baki
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tidak pernah menghentikan siasatan berhubung kes pembinaan Kapal Tempur Pesisir (LCS).
Liga Arab gesa UNSC terima pakai resolusi gencatan senjata di Gaza
Majlis Liga Arab gesa Majlis Keselamatan menerima pakai resolusi, di bawah Bab VII Piagam PBB memaksa Israel untuk gencatan senjata di Gaza.
Insiden kecoh ketika pengebumian: Pemandu kereta tertekan hon kerana panik - Polis
Polis menerima laporan seorang pemandu kereta susulan kekecohan ketika pengebumian Komander Muhammad Firdaus Ramli, di Masjid Jamek Sungai Nibong malam tadi.
Isytihar harta: Tun M antara individu yang disiasat SPRM
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.
PRK Kuala Kubu Baharu: Bakal calon disaran isi borang, buat semakan awal - SPR
Bakal calon yang ingin bertanding dalam PRK Kuala Kubu Baharu disaran mengisi borang dan membuat semakan awal.
Nahas helikopter Lumut: KPWKM beri bantuan RM3,000 kepada keluarga mangsa
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sumbang bantuan RM3,000 kepada waris mangsa nahas helikopter yang terhempas di Lumut.
Warga emas dibaling sambal tumis sebelum disamun
Mangsa cuba menahan kesakitan yang dialami dan disebabkan hentakan itu dia mengalami kecederaan di bahagian kepala.
Kerajaan akan umum butiran mekanisme rasionalisasi subsidi - Rafizi
Kerajaan akan memaklumkan butiran mengenai pelan rasionalisasi subsidi termasuk kriteria dan implikasinya tidak lama lagi.
[TERKINI] Tun Mahathir antara individu disiasat isu pengisytiharan harta - SPRM
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad adalah antara individu yang disiasat berhubung isu pengisytiharan harta.
10 wira negara korban helikopter terhempas selamat bersemadi
Proses pengebumian dijalankan selepas semua jenazah selesai menjalani proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh pada jam 2.20 petang pada Rabu.
Ibu bapa cuai boleh dikenakan tindakan - Nancy
Ibu bapa atau penjaga yang mengabaikan anak-anak tanpa pengawasan yang sewajarnya boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 33 (1) Akta Kanak-kanak 2001.
Bayi retak tulang kepala, didakwa jatuh katil rumah pengasuh meninggal dunia
Pemeriksaan imbasan tomografi berkomputer (CT Scan) mendapati mangsa mengalami pendarahan di ubun kepala serta keretakan di bahagian belakang tulang kepala.
Bapa dipenjara tiga tahun dan denda RM10,000 dera anak tiri
Mahkamah turut mengenakan hukuman denda RM10,000 terhadap tertuduh dan sekiranya lelaki itu gagal membayar denda berkenaan, hukuman penjara selama setahun dikenakan.
Wanita 'acu pen' ke arah anak tiri ditahan polis
Polis menahan seorang wanita dipercayai mendera anak tirinya berusia 9 tahun di sebuah pangsapuri di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Sri Aman, Jinjang di sini semalam.
Basikal lajak: Ibu bapa perlu tentukan anak-anak berada di rumah sebelum Maghrib
Shahrul mengulas sikap ibu bapa yang membiarkan anak-anak merayap sehingga awal pagi dan terlibat dalam kegiatan basikal lajak yang boleh membahayakan keselamatan diri sendiri serta pengguna lain.
Murid darjah 6 disyaki rogol kanak-kanak 4 tahun dibebaskan
Murid lelaki berusia 12 tahun yang ditahan atas dakwaan merogol seorang kanak-kanak berusia empat tahun telah dibebaskan dengan jaminan polis, Rabu lepas.
Taman Sinar Harapan Jubli, manifestasi dan aspirasi KPWKM
Datuk Seri Rohani Karim berkata 7 orang penghuni TSH Jubli yang telah dilatih di bawah Sokongan Pekerjaan (Job Coach) telah mendapat pekerjaan bersesuaian dengan kebolehan mereka.
KPWKM garis saranan elak kes tertinggal anak dalam kenderaan
Menterinya Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata pihaknya memandang serius isu kecuaian ibu bapa meninggalkan anak di dalam kenderaan yang menyebabkan lima kematian kanak-kanak dan bayi sejak 2016.