Wanita, anak lelaki maut nahas tiga kenderaan

Keadaan kereta mangsa yang dilanggar kenderaan pacuan empat roda dalam nahas di KM 65, Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam pada petang Sabtu. -Foto Sinar Harian/IPD Kluang
KLUANG: Seorang wanita dan anak lelakinya maut dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di kilometer (KM) 65, Jalan Johor Bahru - Ayer Hitam pada petang Sabtu.
Ringkasan AI
- Seorang wanita dan anak lelakinya maut selepas kereta mereka dilanggar van kilang dan tercampak ke laluan bertentangan sebelum dirempuh Toyota Hilux.
- Anak lelaki kedua cedera parah, manakala pemandu van dan Hilux turut cedera dan semua mangsa dihantar ke Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom.
- Polis menyiasat kes di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan menyeru saksi tampil membantu siasatan.
“Ketika tiba di lokasi, kereta terbabit telah berhenti untuk masuk ke simpang kanan, namun sebuah van kilang jenis Mazda dipandu seorang lelaki warga tempatan dari arah sama telah hilang kawalan dan melanggar bahagian belakang kereta terbabit.
“Akibat perlanggaran tersebut, kereta Perodua Kancil tersebut telah memasuki laluan bertentangan dan dilanggar oleh sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang tidak sempat mengelak,” katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Bahrin, keadaan itu menyebabkan pemandu kereta bersama penumpang hadapan iaitu anak lelakinya berusia 15 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang lagi anak lelakinya berusia sembilan tahun cedera parah di bahagian kepala dan kaki kiri.
Tambahnya, pemandu van mengalami kecederaan di bahagian muka, dada dan kaki kanan sementara pemandu kenderaan pacuan empat roda, mengalami kecederaan ringan di bahagian badan dan tangan kanan.
“Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hosptial Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK) Kluang dengan ambulan bagi menerima rawatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kemalangan tersebut boleh menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang di talian 07-7784222, 07-7784256 (direct line), 07-7766822 (hotline) atau 014-365682 (tablet DCC) bagi membantu siasatan.
“Polis daerah Kluang turut menasihatkan pengguna jalan raya agar sentiasa berhati-hati dan bertimbang rasa di atas jalan raya supaya tidak berlaku kejadian yang tidak diigini,” ujarnya. -Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


