"Ditelan mati emak, diluah mati bapa", begitulah perumpamaan sesuai bagi Siti Zulaikha Sharif, 29, yang terpaksa berjauhan dengan ibunya yang buta dan pekak di Kampung Kuala Sanglang, akibat peningkatan penularan kes COVID-19 di negeri ini.
Siti Zulaikha yang baru sahaja melahirkan bayi sulungnya di Hospital Tuanku Fauziah di sini Sabtu lalu (8 Ogos) terpaksa akur untuk tidak pulang ke kediamannya yang berada dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Secara Bersasar (TEMCO).
"Saya bersama bayi menumpang di rumah kakak di Taman Aman, Kangar sehingga selesai TEMCO, manakala ibu, Som Nayan, 78, bersendirian di rumah.
"Kebiasaannya saya akan sediakan semua kelengkapan ibu seperti makan dan minum kerana keadaannya tidak seperti orang lain sejak azali (sejak lahir)... bagaimanapun ibu sangat 'istimewa' kerana boleh menguruskan diri sendiri di rumah, cuma saya khuatir jika berlaku sebarang kejadian tidak diingini, katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.
Suri rumah itu berkata, dia turut meminta pertolongan rakan sekampung, Rubiah Daud untuk membantu selain mengirimkan wang secara dalam talian kepada jirannya itu untuk membeli keperluan makan minum ibunya itu.
Katanya, biarpun ibunya cacat penglihatan dan pendengaran, namun wanita itu sentiasa peka dengan persekitaran semasa melalui telefon pintarnya dan aplikasi khas "Be My Eyes" untuk orang buta.
Siti Zulaikha berkata, sebagai penjaga ibu sejak kematian bapa dan abangnya dalam kemalangan jalan raya 10 tahun lalu, beliau sentiasa memastikan ibunya dalam keadaan baik dan selamat dengan menggunakan kemudahan teknologi terkini.
Sementara itu, buruh Arshad Daud, 45, dari Kampung Tanah Timbul, di sini juga terpaksa menjalani kehidupan harian bersama tiga anaknya dalam situasi TEMCO.
Katanya, dia juga mengambil alih tugas isterinya menjaga tiga anaknya berusia lingkungan tiga hingga lapan tahun di rumah sementara isterinya berada di sebuah hospital di Kangar sejak semalam untuk bersalin anak keempat.
"Alhamdulillah isteri saya, Ismawati Ismail,38, selamat melahirkan anak perempuan tepat jam 5.45 pagi tadi. Saya akui tidak mudah untuk saya uruskan anak sendirian...saya sendiri tidak dapat melihat dan mengazankan bayi saya kerana berada dalam tempoh TEMCO, " katanya menambah beliau tidak sabar menanti pengakhiran TEMCO untuk menyambut kepulangam isteri dan bayi perempuannya itu.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum ini mengesahkan 11 kes termasuk 10 kes baharu COVID-19 di Perlis berasal daripada Kluster PUI Sivagangga di Kedah. - BERNAMA
Bernama
Mon Aug 10 2020
Penduduk setempat membeli barangan keperluan harian di kedai runcit berdekatan ketika tinjauan di sekitar pekan Kuala Sanglang berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (TEMCO) pada Ahad. - Gambar BERNAMA
Piala AMEC: Persatuan Bola Sepak Thailand tampung kos penyokong Malaysia cedera dipukul
PENYOKONG Malaysia yang tercedera akibat dipukul oleh penyokong tuan rumah di Stadium Rajamangala, Bangkok malam tadi, mendapat perhatian segera daripada Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT).
Tengku Zafrul akan perjelas spekulasi sertai PKR dalam masa terdekat
Tengku Zafrul akan membuat kenyataan berhubung khabar angin penyertaannya ke PKR dalam masa terdekat.
'Jangan ada sikap kawan makan kawan' - Puteri UMNO
Amal turut menyeru pemimpin masa kini mewarisi contoh terbaik kepada generasi baharu hari ini.
ISN fokus R&D sukan berpotensi menjelang Olimpik LA 2028
Institut Sukan Negara (ISN) akan memperkasa program penyelidikan dan pembangunan (R&D) dengan tumpuan khusus kepada sukan berpotensi tinggi di Sukan Olimpik Los Angeles 2028 menggunakan peru
Donald Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Jawatan itu dijangka akan memacu dasar-dasar terhadap beberapa musuh AS termasuk Korea Utara.
Turkiye tegaskan dukungan ke atas Syria pasca konflik
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan memberi jaminan bahawa Turkiye akan terus berdiri bersama rakyat Syria dalam proses pemulihan dan pembinaan semula negara itu.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Dalam catatannya di X, Erdogan berkata sokongan akan terus diberikan tanpa mengira latar belakang rakyat Syria demi memastikan negara itu bangkit semula sebagai sebuah negara yang aman dan stabil.
Syria fokus pemulihan, tolak konflik baharu dengan Israel
Pemimpin de facto Syria, Ahmad al-Sharaa, pada Sabtu menyatakan bahawa Israel menggunakan alasan palsu untuk mengesahkan serangan terhadap Syria.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Namun, beliau menegaskan bahawa Syria tidak berminat terlibat dalam konflik baharu.
Piala AMEC: Ekor Harimau diancam penyokong lawan di Stadium Rajamangala akibat provokasi
Situasi tegang itu berpunca daripada kedua-dua pihak yang saling berbalas provokasi tetapi keadaan itu terkawal.
Bayi lelaki berbalut kain ditemui dalam semak belakang surau di Manjung
Siasatan pihak polis mendapati bayi lelaki tersebut ditinggalkan dalam semak dan berbalut dengan kain.
‘UMNO bukan parti yang boleh ditendang, perlu kaji kedudukan dalam kerajaan’ - Dr Akmal
Dr Muhamad Akmal menyifatkan UMNO bukan sebuah parti yang boleh ditendang mengikut sesuka hati.
Singapura mahu kukuhkan perkongsian, majukan kepentingan negara, kata PM baharu
Wong berkata kerajaannya akan memperkukuhkan perkongsian "dekat dan jauh" sambil memajukan kepentingan negara di tengah-tengah persaingan dan ketegangan yang meningkat di arena antarabangsa.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 6 Mei 2024.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 berkuat kuasa 1 April - Armizan
Akta Syarikat (Pindaan) 2024 akan dikuatkuasakan pada 1 April ini selepas diwartakan pada 2 Feb, kecuali empat seksyen dalam akta berkenaan.
Kadar rizab tenaga di Semenanjung diunjur 28-36 peratus bagi tahun 2024-2030
Kadar rizab margin tenaga di Semenanjung bagi tahun 2024 hingga 2030 diunjurkan antara 28 hingga 36 peratus.
LADA sasar ketibaan tiga juta penumpang ke Langkawi tahun ini
Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) menyasarkan untuk meningkatkan ketibaan penumpang ke Langkawi kepada tiga juta tahun ini, selepas mencapai kira-kira 2.82 juta ketibaan penumpang pada 2023.
Jumlah pelancong Turki ke Malaysia meningkat 10.8 peratus
Jumlah pelancong Turkiye yang datang ke Malaysia dari Januari hingga November 2023 menunjukkan peningkatan sebanyak 10.8 peratus atau 15,623 orang berbanding 14,096 bagi tempoh sama pada 2019.
UMNO junjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah
UMNO menjunjung kasih kepada Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menyempurnakan tempoh pemerintahan Seri Paduka sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16, hari ini.
PM yakin rakyat rasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah
Anwar yakin bahawa seluruh rakyat merasai hikmah keadilan dan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam memastikan keamanan dapat dinikmati oleh semua sepanjang pemerintahan Seri Paduka.