MELAKA: Menginjak usia 100 tahun, Evelyn Lowe masih mampu mengingati setiap detik kehidupannya dengan baik terutama menjelang sambutan Krismas setiap tahun.
Menetap di Perkampungan Portugis di Ujong Pasir di sini, dia berkata wajik dan dodol antara juadah akan disediakannya di samping Kari Debal, Chap Chai, Chilie Pickle atau acar cili dan beberapa jenis kek yang dibuat sendiri sebagai simbolik meraikan perayaan.
"Sama seperti orang Islam meraikan Hari Raya, saya akan buat sendiri wajik dan dodol untuk dijamu kepada tetamu yang bertandang.
"Namun, atas faktor usia serta pernah cedera di pinggang kerana jatuh kerusi beberapa tahun lepas, saya tidak lagi memasak juadah-juadah berkenaan," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.
Ibu kepada 10 anak itu berkata, perayaan Krismas juga disambut secara sederhana pada setiap tahun kerana anak-anaknya juga sudah berusia dan tinggal berjauhan.
Evelyn berkata anak-anaknya tinggal di Sabah, Pulau Pinang, Kuala Lumpur dan ada juga yang telah berhijrah ke Singapura dan Australia.
"Suami meninggal dunia kira-kira 35 tahun dahulu dan dua anak lelaki saya juga telah meninggal dunia beberapa tahun.
"Kerana faktor umur dan kesihatan, anak-anak lain juga tidak pulang menyambut Krismas kali ini. Mereka ada meminta saya untuk tinggal bersama mereka namun saya memilih untuk tinggal di sini dan mereka mengupah jururawat untuk menjaga saya," katanya.
Mengimbas kenangan ketika mereka sekeluarga masih bersama-sama, Evelyn berkata dia dan pasangannya mendiang Maurice Lowe, akan memulakan sambutan perayaan dengan pergi ke gereja berhampiran rumah sebelum ke gereja utama St. Peter's di Jalan Bendahara.
Katanya, mereka sekeluarga kemudiannya akan menjamu selera dengan hidangan yang disediakannya termasuklah wajik dan dodol.
Ditanya mengenai rahsia dirinya masih mempunyai ingatan kuat dan kesihatan yang masih baik, dia berkata kehidupan zaman dahulu tanpa bantuan teknologi menyebabkannya masih sihat.
"Kalau ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu saya telah mencecah usia 100 tahun dan masih mampu mengingati bahasa Portugis dengan baik, mereka suka menguji daya ingatan saya.
"Masyarakat dahulu banyak berjalan kalau nak ke mana-mana... mungkin itu antara penyebab saya masih sihat sampai sekarang kecuali kecederaan di pinggang ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Evelyn Lowe berkata, perayaan Krismas disambut secara sederhana pada setiap tahun kerana anak-anaknya juga sudah berusia dan tinggal berjauhan. - Foto BERNAMA
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kerajaan terus perkasa TVET, penuhi keperluan industri & teknologi – TPM
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, TVET bukan saja membuka peluang kerjaya, malah menjadi pemangkin kepada pembangunan negara.
Warga emas guna PPR sebagai lokasi transit PATI
Seorang lelaki berusia 62 tahun ditahan oleh Jabatan Imigresen Malaysia Negeri Kedah selepas menyimpan 22 PATI warga Myanmar di rumah Projek Perumahan Rakyat (PPR) miliknya di Kuala Nerang, Kedah sebelum dihantar ke ejen pekerjaan di Pulau Pinang.
Nilai ringgit kukuh, inflasi terkawal petanda positif lonjakan pertumbuhan negara
Nilai Ringgit yang kembali pulih, inflasi kekal terkawal serta kadar pengangguran kekal rendah merupakan antara petanda positif yang akan melonjakkan keyakinan terhadap pertumbuhan ekonomi negara.
Zon khas untuk jual barangan tanpa subsidi bakal diperkenal
Kerajaan bakal memperkenal zon khas di kawasan sempadan untuk penjualan barangan tanpa subsidi bagi menangani aktiviti penyeludupan dan ketirisan barang kawalan.
Jenazah bayi ditahan: Laporan KKM siap selewat-lewatnya minggu depan
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzukelfy Ahmad memohon orang ramai memberi ruang kepada siasatan, ekoran keunikan kes tersebut.
[TERKINI] Polis rakam keterangan empat individu, jenazah bayi dalam peti sejuk
Polis merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
AWANI Ringkas: Spekulasi Tengku Zafrul tinggalkan UMNO
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Kerajaan Sabah anjur Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina, Krismas bermula tahun ini
Semua perayaan besar peringkat negeri di Sabah akan dikendalikan secara rasmi oleh kerajaan negeri.
Krismas yang tiada erti bagi orang Kristian di Gaza
Keluarga itu berkata mereka tidak memasang pokok Krismas dan tidak dapat mengunjuni gereja untuk acara keagamaan tahun ini.
Krismas berbeza buat penduduk Palestin, sepi dan suram
Gereja-gereja di Bethlehem memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.
Sultan Selangor, Tengku Permaisuri sampaikan ucapan Krismas
Baginda berdua berharap sambutan perayaan seumpama ini akan terus memupuk rasa hormat menghormati sesama kaum.
Ukraine sambut Krismas pada 25 Disember buat pertama kali
Ia dilihat sebagai penghinaan kepada Rusia dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengikuti kalendar Julian era Rom untuk majlis keagamaan.
Wanita berusia 100 tahun kongsi sambutan Krismas
Wajik dan dodol antara juadah yang akan disediakannya di samping Kari Debal, Chap Chai dan acar cili serta kek yang dibuat sendiri.
Hampir 2,000 penganut Kristian hadir ke Cathedral of St John rai Krismas
Penganut Kristian yang hadir diingatkan untuk sentiasa bersyukur dan mengingati rakyat di Palestin yang sedang menderita.
Presiden Sri Lanka beri pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Krismas
Presiden Sri Lanka Ranil Wickremesinghe memberikan pengampunan kepada 1,004 banduan sempena Hari Krismas.
Trafik perlahan di lebuh raya utama petang ini
Aliran trafik di lebuh raya utama setakat 5 petang ini agak perlahan berikutan orang ramai mengambil peluang cuti panjang sempena Krismas untuk berjalan bersama keluarga dan pulang ke kampung.
Pas ucap Selamat Hari Krismas
Pas mengucapkan selamat menyambut Hari Krismas kepada penganut agama Kristian di seluruh negara yang akan menyambutnya pada Isnin.