NATIONAL
Wanita berusia 21 tahun mengaku tidak bersalah buka klinik gigi tidak berdaftar

Nur Hafizah Harun ketika di Mahkamah Sesyen Seremban hari ini. - Gambar/ Sinar Harian
SEREMBAN: Seorang wanita mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini kerana membuka klinik pergigian yang tidak didaftarkan, Disember lepas.
Ringkasan AI
- Nur Hafizah Harun, 21, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen kerana membuka klinik pergigian yang tidak didaftarkan dan menjalankan amalan pergigian tanpa pendaftaran.
- Dia didakwa di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 dan Akta Pergigian 2018, dengan hukuman denda sehingga RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun jika sabit kesalahan.
- Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 bagi dua pertuduhan dengan syarat tidak mengganggu saksi pendakwaan, dan menetapkan sebutan semula kes pada 12 Jun.
Dia turut didakwa menjalankan amalan pergigian sedangkan dirinya bukan pengamal pergigian berdaftar, di bawah Akta Pergigian 2018, yang merupakan kesalahan di bawah Seksyen 62(1) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 62(3) akta sama.
Wanita itu didakwa melakukan kesalahan tersebut di sebuah premis di Taman Nusa Intan di sini pada 8.50 malam, 6 Dis lepas.
Setiap pertuduhan memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM300,000 atau penjara sehingga enam tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Pegawai Pendakwa Kementerian Kesihatan (KKM) Musfirah Musa menawarkan jaminan RM10,000 bagi setiap pertuduhan, mengambil kira kesalahan itu melibatkan kepentingan dan kesihatan awam.
"Penggunaan bahan dan peralatan tidak ketahui kandungan serta tahap kebersihan bukan sahaja berbahaya kepada pelanggan, namun turut mendatangkan risiko kesihatan orang awam dengan penyakit berjangkit seperti Hepatitis B, HIV dan lain-lain," katanya.
Bagaimanapun peguam A. Partheeban yang mewakili wanita itu merayu jaminan rendah kerana anak guamnya kini menganggur dan abang OKS yang akan menjadi penjamin bekerja sebagai kelindan lori.
Mahkamah membenarkan jaminan RM6,000 bagi dua pertuduhan dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan tidak mengganggu saksi pendakwaan dan menetapkan sebutan semula kes pada 12 Jun.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami