Seorang wanita yang sengaja membuang mayat bayinya ke dalam tong sampah untuk menyembunyikan kelahirannya hari ini dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret Ampang, di sini.
Majistret Haslinda A.Raof menjatuhkan hukuman itu terhadap Nor Hasmiza Kamis, 28, dan memerintahkan hukuman bermula hari ini selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan itu.
Wanita itu, yang tidak berkahwin didakwa melakukan kesalahan di sebuah rumah di Pandan Indah, di sini pada 2 petang, 30 Dis 2016 mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya.
Berdasarkan fakta kes pada 3 Jan 2017, tertuduh telah pergi mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur dan seorang doktor yang membuat pemeriksaan terhadap wanita itu mendapati uri tertinggal di dalam rahimnya dan dia mengalami pendarahan yang banyak.
Tertuduh kemudian menjalani rawatan untuk mengeluarkan uri seberat 350 gram yang telah dijangkiti kuman namun dia menafikan telah melahirkan anak dan doktor itu kemudian membuat laporan polis.
Hasil siasatan polis mendapati pada 30 Dis 2016, semasa tertuduh melahirkan bayinya di rumah seorang diri, bayi itu dikatakannya tidak bergerak dan tidak menangis lalu tertuduh menarik tali pusat hingga putus dan uri masih di dalam rahim tertuduh.
Tertuduh yang sebelum ini bekerja sebagai pengawal keselamatan, telah membersihkan darah, membungkus bayi ke dalam baju T dan memasukkannya ke dalam plastik.
Tertuduh juga telah menunjukkan sebuah tong sampah di UTC Pudu Sentral, tempat di mana bungkusan plastik berisi mayat bayi itu dibuang. Bagaimanapun sehingga kini mayat bayi itu tidak ditemui.
Ketika rayuan, wanita itu, yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dan memberitahu mahkamah dia kini tidak bekerja.
Timbalan Pendakwa Raya Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman pemenjaraan berikutan kekerapan kes pembuangan bayi yang membimbangkan serta kerap dilaporkan akhbar dan media sosial.
"Tertuduh telah dijangkiti kuman di rahim dan memerlukan rawatan segera. Tidak ada maklumat di mana kedudukan mayat (bayi) tersebut. Dan sekiranya bayi itu telah mati, sewajarnya bayi itu diberi penghormatan selayaknya (dikebumikan sempurna), bukannya di tong sampah," kata Raihanah.
Raihanah juga memohon mahkamah menjatuhkan hukuman yang memberi pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat supaya takut dan tidak melakukan kesalahan sama pada masa akan datang.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 24 2017
Seorang wanita yang membuang mayat bayinya ke dalam tong sampah untuk menyembunyikan kelahirannya dijatuhkan hukuman penjara 20 bulan. - Gambar hiasan
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Najib masih di hospital, perbicaraan 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept
Perbicaraan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan salah guna kuasa libatkan dana 1MDB ditangguhkan ke 17 Sept kerana beliau masih di hospital.
“Sempat nyanyi Encik Hail jangan marah… dia senyum”- Uji Rashid
Uji Rashid anggap Hail Amir bukan sekadar sahabat, tetapi juga sudah seperti abang sendiri.
Jenazah Hail Amir dikebumi Selasa
Jenazah penyanyi Datuk Hail Amir yang meninggal dunia pada Isnin akan dikebumikan pada pagi Selasa di tanah perkuburan Ukay Perdana di Ampang, Selangor.
Penyanyi veteran Hail Amir meninggal dunia
Penyanyi veteran, Hail Amir dilaporkan meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada jam 3.40 petang, Isnin.
PM Anwar dibenarkan keluar HKL pagi ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan keluar dari Hospital Kuala Lumpur pagi ini selepas menjalani prosedur pembedahan kecil gigi semalam.
Suspek kes gangguan seksual ditahan di wad hospital
Suspek berusia 37 tahun yang merupakan lelaki warga tempatan itu kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur.
Legenda olahraga negara Hanapiah Nasir meninggal dunia
Arena sukan tanah air menerima perkhabaran duka susulan pemergian legenda olahraga negara, Hanapiah Nasir, akibat leukemia dan kegagalan pelbagai organ di Hospital Kuala Lumpur (HKL), hari ini.
Pelakon Ridzuan Hashim meninggal dunia
Pelakon terkenal tanah air, Ridzuan Hashim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada pukul 1.57 tengah hari tadi.
Aidilfitri: Hampir 80 peratus kemasukan ke Wad Pediatrik HKL babitkan masalah pernafasan
Ketua Jabatan Kecemasan Kanak-Kanak, Datuk Dr Alzamani Mohammad Idrose menasihatkan masyarakat mengambil langkah berjaga ketika melakukan aktiviti ziarah.
Lelaki maut gantung diri di Flat Cheras
Seorang lelaki ditemui dalam keadaan tergantung sebelum disahkan meninggal dunia di ruang tamu sebuah rumah di flat perumahan di Cheras pada malam Khamis.