awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kenaikan 300 peratus peruntukan Jalan Persekutuan bukti komitmen Kerajaan MADANI - Nanta
Sinergi kerajaan, industri pastikan keperluan Ramadan kekal mampu milik - Ahmad Zahid
Polis serbu rumah penampungan, tahan 22 pendatang tanpa izin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita cedera kereta ditimpa pokok tumbang ketika balik mengundi

Bernama
Bernama
09/09/2023
12:55 MYT
Wanita cedera kereta ditimpa pokok tumbang ketika balik mengundi
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya. - Foto Twitter Bernama
JOHOR BAHRU: Seorang wanita cedera apabila kereta yang dinaiki ditimpa pokok tumbang di Jalan Pertahanan, Taman Desa Rahmat di sini selepas balik daripada mengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai petang ini.
Ketua Operasi Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shah Rizal Abdul Rahman berkata Mary Tan, 57, yang memandu kereta jenama BMW, cedera di paha kiri akibat terkena tusukan kayu yang terjatuh di atas keretanya.
Beliau berkata insiden dipercayai berlaku semasa Tan dalam perjalanan pulang selepas menunaikan tanggungjawabnya sebagai pengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Rahman Yassin di sini.
"Mangsa dikeluarkan dari kereta dan diberi rawatan awal oleh anggota Pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) sebelum dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk tindakan lanjut.
"Anggota bomba bertindak memotong pokok tersebut dengan menggunakan dua gergaji rantai," katanya ketika dihubungi Bernama.
Mohd Shah Rizal berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada 3.02 petang sebelum sebuah kenderaan EMRS dan kenderaan Fire Rescue Tender (FRT) dengan kekuatan 10 anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita cedera
#Pokok tumbang
#balik mengundi
#Taman Desa Rahmat
#Mary Tan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan