awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Pasangan suami isteri di Besut derita sakit kronik
20 kebakaran terbuka di Melaka dalam tempoh 12 jam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dan lelaki tempatan ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak

Bernama
Bernama
17/10/2024
10:16 MYT
Wanita dan lelaki tempatan ditahan berhubung kematian seorang kanak-kanak
Suspek masing-masingnya berumur 28 dan 34 tahun itu, telah direman tujuh hari. - Gambar hiasan
BINTULU: Polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun tujuh bulan, di sini Selasa lepas.
Tanpa memberikan butiran mengenai tangkapan, Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali mengesahkan suspek masing-masingnya berumur 28 dan 34 tahun itu, telah direman tujuh hari.
Beliau berkata mangsa dibawa dari kawasan Sungai Setiam ke Hospital Bintulu, sebelum kematiannya dilaporkan pada lebih kurang 7.50 malam.
"Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala dan pinggang mangsa," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Nixon berkata kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu, boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat ASP Mohamad Hashim Kasman di talian 011-15377837 atau bilik gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dua ditahan reman
#kematian kanak-kanak
#polis Bintulu
#kesan kecederaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan