awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pekerja pelaburan masa depan – Dr Dzulkefly
PRK Lamag catat 44.50 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
PRK Kinabatangan: 43.23 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari - SPR
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita datang klinik kerana pendarahan bongkar pembuangan bayi

Bernama
Bernama
31/08/2025
22:15 MYT
Wanita datang klinik kerana pendarahan bongkar pembuangan bayi
Wanita itu melahirkan bayi tersebut bersendirian di rumah dan bertindak membuang bayi itu di belakang rumahnya. - Gambar hiasan
IPOH: Kehadiran seorang wanita Orang Asli dalam keadaan pendarahan serius ke sebuah klinik membawa kepada penemuan mayat seorang bayi di RPS Kemar, Gerik.
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata pihaknya menerima panggilan daripada petugas Klinik Kesihatan RPS Kemar pada kira-kira 5.30 petang berhubung kejadian itu.
Beliau berkata selepas pemeriksaan oleh pihak klinik, wanita berusia 18 tahun itu kemudiannya mengaku baru bersalin.
"Wanita itu melahirkan bayi tersebut bersendirian di rumah dan bertindak membuang bayi itu di belakang rumahnya," katanya dalam kenyataan.
Noor Hisam berkata susulan itu polis menjalankan siasatan lanjut di lokasi dan menjumpai bayi tersebut yang disahkan meninggal dunia.
Kes disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pendarahan
#wanita
#Orang Asli
#buang bayi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan