awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Dua peserta Himpunan GARAH direman sehingga esok - Peguam 

  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri

Bernama
Bernama
16/07/2024
12:17 MYT
Wanita dihempap kayu balak mula sedarkan diri
Nik Amnan berkata setakat ini dia tidak dimaklumkan mengenai rawatan selanjutnya yang akan dijalankan ke atas tunangnya itu. - Gambar fail
GUA MUSANG: Wanita yang nyaris maut akibat dihempap kayu balak dalam kejadian di lampu isyarat di Persimpangan Bendahara, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini 9 Julai lepas, kini dilaporkan mula sedarkan diri.
Tunang mangsa Nik Amnan Arif Nik Anuwar, 22, berkata Siti Norelyana Kamarulzaman, 21, kini berada dalam keadaan yang lebih baik daripada sebelumnya.
"Alhamdulillah selepas kira-kira lima hari ditidurkan, Siti Norelyana mula sedar semalam. Dia juga boleh bercakap dengan baik tetapi masih memerlukan masa untuk menggerakkan anggota badan," katanya kepada Bernama hari ini.
Nik Amnan berkata setakat ini dia tidak dimaklumkan mengenai rawatan selanjutnya yang akan dijalankan ke atas tunangnya itu.
Sebelum ini, Siti Norelyana nyaris maut apabila motosikal ditunggangnya dihempap kayu balak yang jatuh dari sebuah lori ketika berhenti di lampu isyarat di persimpangan itu.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata kemalangan berpunca daripada 'turn-table' lori balak itu patah ketika mengambil selekoh.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#motosikal
#kayu balak
#anggota badan
#lampu isyarat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan