awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas menteri UK keluar Parti Buruh susulan pendedahan baharu Epstein
Warga emas, cucu rentung dalam kebakaran rumah pekerja di Bintulu
Penyanyi Nigeria, Ifunanya Nwangene meninggal dunia dipatuk ular tedung di dalam rumah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita dilapor hilang ditemukan selamat di Kuantan

Bernama
Bernama
20/11/2024
01:40 MYT
Wanita dilapor hilang ditemukan selamat di Kuantan
Junaida Abdul Rahim yang dilaporkan hilang pada Jumaat lalu disahkan berada di Kuantan, Pahang oleh ahli keluarganya.
SHAH ALAM: Wanita berusia 42 tahun yang dilaporkan hilang di Seksyen 17 di sini pada Jumaat lepas ditemukan selamat.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata, wanita berkenaan disahkan berada di Kuantan, Pahang oleh ahli keluarganya kepada pihak polis lewat malam tadi.
"Hari ini (wanita) dia akan pulang ke Shah Alam untuk berjumpa pegawai penyiasat untuk diambil keterangan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, maklumat lanjut mengenai punca kehilangan dan pihak yang menemukan wanita itu hanya akan dapat dikongsikan selepas keterangan selesai direkodkan.
Semalam, polis meminta bantuan orang ramai mengesan wanita terbabit yang dilaporkan hilang sejak keluar dari rumah sewanya di Seksyen 17 untuk ke tempat kerja di Subang Jaya.
Kenderaan jenis Mitsubishi Triton yang dipandu wanita itu ketika keluar rumah kemudiannya ditemukan di tepi jalan di Jalan Ampang. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita hilang
#rumah sewa
#polis shah alam
#Mitsubishi Triton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan