JOHOR BAHRU: Seorang wanita yang sedang menjalani hukuman penjara kerana menipu, hari ini dihukum penjara 80 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menipu berhubung penjualan barangan elektrik yang tidak wujud.
Majistret R. Salini menjatuhkan hukuman penjara 12, 14, 16, 18, dan 20 bulan bagi setiap pertuduhan terhadap Nurul Yasmin Rosli, 33, dan memerintahkan kesemua hukuman berjalan serentak bermula tarikh tangkap pada 7 Sept 2021.
Ini bermakna wanita itu yang merupakan ibu kepada bayi berusia tujuh bulan itu, hanya perlu menjalani hukuman penjara 20 bulan.
Mengikut pertuduhan pertama hingga kelima, Nurul Yasmin didakwa dengan curang menipu lima individu sehingga mendorong mereka membuat bayaran bagi pembelian barangan elektrik pelbagai jenama ke akaun Hong Leong Bank atas nama Melati Zainol, iaitu ibu tertuduh berjumlah RM5,235 namun tertuduh gagal menyerahkan barang tersebut.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sekitar daerah Johor Bahru dari 16 Feb 2021 hingga 25 Jun 2021, mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.
Berdasarkan fakta kes, kesemua mangsa diperdaya selepas menghubungi nombor WhatsApp yang tertera di laman Instagram 'Beauty Saranghae' sebelum membuat tempahan dan pembayaran, namun, mereka tidak menerima sebarang barangan seperti ditawarkan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Natasha Syed Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Pada 13 Sept tahun lepas, tertuduh dan ibunya, Melati, 55, didakwa di Mahkamah Majistret Shah Alam, Selangor atas beberapa pertuduhan menipu berhubung penjualan barang elektrik dan perkakas dapur yang tidak wujud melibatkan kerugian berjumlah RM41,645.
Pada 13 Ogos 2019 pula, Nurul Yasmin didakwa di Mahkamah Majistret Sungai Petani, Kedah, atas empat pertuduhan menipu pakej umrah membabitkan kerugian sebanyak RM12,000 pada 2012 dan 2013.
Tertuduh kini menjalani hukuman penjara di Penjara Wanita Kajang, Selangor bagi pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret Shah Alam. - BERNAMA
Bernama
Tue Sep 13 2022
Nurul Yasmin Rosli dihukum penjara berjumlah 80 bulan oleh Mahkamah Majistret hari ini, selepas mengaku bersalah atas lima pertuduhan menipu berhubung penjualan barangan elektrik yang tidak wujud bernilai RM5,235. - Gambar BERNAMA
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Wanita dipenjara 80 bulan tipu jual barangan elektrik tidak wujud
Tertuduh djjatuhkan hukuman penjara 12, 14, 16, 18, dan 20 bulan bagi setiap pertuduhan dan kesemua hukuman berjalan serentak.