NATIONAL
Wanita dipenjara tiga bulan curi barangan runcit bernilai RM374.69

Tertuduh didakwa mencuri 30 jenis barangan termasuk makanan ringan, produk penjagaan diri dan keperluan harian yang bernilai RM374.69 dari sebuah pasar raya di Brickfields. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang wanita dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku mencuri pelbagai barangan runcit dari sebuah pasar raya Sabtu lepas.
Ringkasan AI
- Seorang wanita dihukum penjara tiga bulan selepas mengaku mencuri pelbagai barangan runcit bernilai RM374.69 dari sebuah pasar raya di Brickfields.
- Peguam memohon hukuman ringan kerana wanita tersebut terpaksa mencuri akibat tekanan kewangan dan perlu menanggung anak serta bapa yang uzur.
- Mahkamah memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tangkapan pada 19 April, dengan hukuman maksimum di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan adalah penjara 10 tahun dan denda.
Terdahulu, peguam Qurratu 'Aini Zafirah Mat Shoib memohon hukuman ringan atas alasan anak guamnya terpaksa melakukan kesalahan itu akibat tekanan kewangan selain perlu menanggung seorang anak berusia enam bulan dan bapa yang uzur berusia 76 tahun.
"Anak guam saya tidak bekerja manakala suaminya baru sahaja mendapat pekerjaan selepas mereka sekeluarga berpindah dari Sarawak ke sini.
"Dia berada dalam keadaan terdesak dan tidak mempunyai wang untuk membeli keperluan asas," katanya.
Timbalan Pendakwa Raya Hench Goh pula memohon hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami