awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita ditipu lebih RM11,000 beli konsol permainan elektronik di TikTok

Bernama
Bernama
15/05/2023
15:17 MYT
Wanita ditipu lebih RM11,000 beli konsol permainan elektronik di TikTok
Seorang pelajar kolej jururawat kerugian lebih RM11,000 apabila ditipu dalam urusan pembelian alat konsol permainan elektronik di aplikasi TikTok. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang pelajar kolej jururawat kerugian lebih RM11,000 apabila ditipu dalam urusan pembelian alat konsol permainan elektronik di aplikasi TikTok.
Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari, berkata wanita tempatan berusia 20 tahun berkenaan membuat laporan polis pada Sabtu lalu selepas menyedari beliau telah ditipu.
Beliau berkata berdasarkan siasatan awal mangsa telah melihat iklan penjualan konsol berkenaan yang dijual pada harga RM300, mangsa kemudian telah berurusan dengan seorang ejen jualan dan diminta membuat bayaran sebanyak RM250.
"Ejen berkenaan kemudian meminta mangsa membuat pelbagai lagi bayaran kononnya bagi bayaran insurans, proses kastam serta caj penghantaran dan mangsa telah membuat sebanyak 13 kali transaksi pemindahan wang di dua akaun berbeza antara Isnin hingga Sabtu lalu berjumlah RM11,500.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan orang ramai dinasihatkan membuat semakan akaun di laman sesawang https://ccid.rmp.gov.my/semakmule sebelum melakukan apa-apa transaksi," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita ditipu
#konsol permainan elektronik
#TikTok
#Polis Daerah Sentul
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan