Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Itulah nasib Zamilah Ismail, 40, apabila terpaksa menggalas tugas sebagai ketua keluarga dengan menjual sayuran kampung demi menyara enam anaknya yang berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) kategori masalah pembelajaran.
Ibu kepada tujuh orang anak berusia lingkungan 10 hingga 26 tahun itu berkata, dia terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut selepas suaminya, Ahmad Awang Noor, 49, diserang penyakit asma kronik sehingga tidak mampu berniaga kuih pau sejak lima tahun lepas.
Zamilah berkata dia juga terpaksa berulang alik sejauh 20 kilometer menaiki motosikal empat kali seminggu dari rumahnya ke sebuah stesen minyak yang terletak di Kok Lanas untuk menjual sayuran yang dikutip di tepi sungai berdekatan rumahnya, yang mampu memperoleh sekitar RM20 hingga RM30 sehari bergantung kepada hasil jualan.
"Antara hasil yang diperoleh termasuk pucuk paku, jantung pisang serta rebung dan pada kebiasaannya saya akan mula berniaga sekitar 1 tengah hari dan akan pulang sebaik barang jualan habis iaitu sekitar 5 petang," katanya ketika ditemui pemberita di rumahnya di Kampung Pangkal Nangka, Pulai Chondong di sini.
Tambah menyedihkan, anak bongsunya, Siti Natasya, 10, yang satu-satunya bukan dilahirkan OKU turut menderita penyakit leukemia serta masalah jantung sejak lahir dan perlu melakukan pemeriksaan susulan setiap dua bulan sekali di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
Bagaimanapun, dia bersyukur kerana mendapat bantuan setiap bulan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan turut menerima bantuan rumah daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK).
Zamilah berkata suaminya menerima bantuan JKM sebanyak RM350 sebulan dan setiap anak OKUnya pula menerima RM150 setiap bulan selain bergantung kepada hasil jualan yang diperoleh.
"Namun, ada ketika wang bantuan yang diterima tidak mencukupi dan kadang-kadang jika kehabisan wang saya sekeluarga terpaksa makan nasi dengan hanya berlaukkan telur untuk mengalas perut.
Beliau berkata keutamaan bantuan yang diperlukan ketika ini adalah motosikal roda tiga bagi memudahkannya membawa barang jualan dan lebih selesa berulang alik untuk berniaga berbanding motosikal biasa yang digunakannya sekarang.
Orang ramai yang ingin membantu keluarga ini boleh menyalurkan sumbangan menerusi akaun Bank Simpanan Nasional (BSN) bernombor 0302141000092799 atas nama suaminya Ahmad Awang Noor atau menghubungi anak keduanya Azlina, 23, di talian ?0198909720?.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 18 2020

Zamilah Ismail (kiri) terpaksa menggalas tugas ketua keluarga demi menyara enam anaknya yang berstatus Orang Kurang Upaya. -BERNAMA

Kira-kira 5,000 pekerja sektor awam sertai mogok
Ribuan pekerja sektor awam termasuk kakitangan hospital menyertai mogok di Brandenburg Gate pada Sabtu bagi mendesak kenaikan gaji.

Kamala tiba di Ghana, mulakan lawatan seminggu di Afrika
Naib Presiden Amerika Syarikat, Kamala Harris tiba di Accra, Ghana pada Ahad sekali gus memulakan lawatan seminggunya ke benua Afrika yang pastinya akan menarik perhatian umum memandangkan beliau naib presiden wanita kulit hitam pertama Amerika Syarikat melawat benua itu.

Do Kwon ditahan selepas enam bulan larikan diri
Pengasas syarikat mata wang kripto, Terraform Labs iaitu Do Kwon akhirnya berjaya ditahan pihak berkuasa Montenegro pada Sabtu selepas notis merah dikeluarkan oleh Interpol pada Oktober tahun lalu.

Tiada pakatan ketenteran antara Rusia dan China
Presiden Rusia, Vladimir Putin menegaskan tiada sebarang pakatan ketenteraan antara Rusia dan China.

Pelakon Jonathan Majors ditahan atas dakwaan serangan
Bintang filem Ant-Man and The Wasp: Quantumania, Jonathan Majors ditahan polis pada Selasa atas dakwaan keganasan rumah tangga. Dia ditahan di bandar New York kerana didakwa menyerang seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah kejiranan di Chelsea, Manhattan

Pelajar 14 tahun muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda di Kelantan
Seorang pelajar berusia 14 tahun dari Sekolah Menengah Kebangsaan Kubang Bemban, Pasir Mas muncul sebagai pembayar zakat perniagaan termuda setakat ini di Kelantan. Putri Mumtaz Sunnafis Luthfiya Mohd Mustaman, atau lebih dikenali sebagai Piya, membayar zakat perniagaan sebanyak RM10 ribu bagi tahun 2022 kepada Majlis Agama Islam dan adat istiadat Melayu Kelantan (MAIK), Khamis lepas.

Bekalan ayam mencukupi hingga Aidilfitri
Bekalan ayam mentah di seluruh negara dijangka mencukupi sehingga Hari Raya Aidilfitri berdasarkan data diperoleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup.

Kanak-kanak lelaki cedera di kepala tersepit lif
Seorang kanak-kanak lelaki berusia satu tahun setengah mengalami kecederaan di kepala selepas terjatuh dan tersepit di lubang antara pintu lif dan dinding bangunan, hari ini. Kejadian berlaku di sebuah lif pangsapuri Blok C PPR Hicom Jalan Bukit Belimbing Seksyen 26 Shah Alam pada jam 7.30 petang tadi.

MOFA teliti cadangan buka semula kedutaan di negara konflik
Kementerian Luar sedang meneliti cadangan membuka semula beberapa Kedutaan Besar Malaysia di negara-negara bergolak sebelum ini akibat perang yang berlaku.Menurut Menterinya, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, satu pasukan telah diwujudkan bagi meneliti semua aspek keperluan pembukaan semula kedutaan itu sebelum keputusan dibuat.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Wanita galas tugas ketua keluarga demi sara enam anak OKU
Ibu kepada tujuh orang anak ini terpaksa mengambil alih tanggungjawab tersebut selepas suaminya diserang penyakit asma kronik.