awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPKT sedia bantu proses pemutihan rumah ibadah tanpa kebenaran - Kor Ming
Kadar kematian kes denggi di Melaka meningkat, lepasi had ditetap KKM
Malaysia, India tegaskan kerjasama BRICS dan sokongan bersama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang

Bernama
Bernama
22/01/2025
15:30 MYT
Wanita hilang selama 11 hari di Sitiawan ditemui di Kajang
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman, berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis. - Foto Sinar Harian
IPOH: Seorang wanita berusia 48 tahun yang dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya di Taman Bintang, Sitiawan, dekat Manjung sejak 10 Jan lepas telah berjaya ditemui di Kajang, Selangor dan kembali ke pangkuan keluarganya semalam.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman, berkata Ling Siew Siew disahkan berada di Kajang oleh ahli keluarganya yang memaklumkan perkara tersebut kepada pihak polis.
Menurut kakak wanita itu, Ling ditemui oleh orang awam yang melihatnya berada di sebuah medan selera di lokasi tersebut selama dua hingga tiga hari. Dia dilaporkan berlegar-legar keseorangan dalam keadaan bingung dan keliru.
"Selepas itu, orang awam bertemu dengannya, bertanya beberapa soalan, dan memperoleh maklumat mengenainya. Mereka terus menghubungi ahli keluarga kerana berita kehilangannya telah tersebar," katanya ketika dihubungi hari ini.
Beliau berkata ahli keluarga wanita itu telah pergi ke lokasi berkenaan dan membawa Ling pulang ke rumahnya dengan selamat.
"Pihak Ibu Pejabat Polis Daerah Manjung menzahirkan ucapan ribuan terima kasih kepada pihak media, masyarakat, komuniti Manjung dan warganet yang sentiasa membantu pihak polis, "katanya.
Terdahulu, pada 13 Jan lepas, Ling dilaporkan hilang selepas tidak pulang ke rumahnya.
Dia dipercayai memandu sebuah kereta Perodua Axia berwarna biru ketika kejadian.
Ling, yang juga penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat, mempunyai masalah kemurungan dan masih menerima rawatan di Hospital Manjung dan kali terakhir dilihat di sebuah gereja di Kampung Cina, berhampiran rumahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita hilang
#Ling Siew Siew
#Sitiawan
#manjung
#Kajang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan