JOHOR BAHRU: Seorang wanita dipercayai warganegara Indonesia meninggalkan bayi perempuan berusia tiga hari kepada rakan senegaranya di Kampung Wadi Hana di sini pada 5 Januari lalu sebelum menghilangkan diri.
Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru, Norhafizah Ahmad berkata, bayi berkenaan ditinggalkan ibunya yang tidak diketahui identitinya kepada seorang wanita warga Indonesia, Isan Nidin.
"Ibu kepada bayi tersebut meninggalkan bayi yang dinamakan sebagai Anindya dengan alasan mahu mencari kerja.
"Kejadian berlaku di sebuah rumah beralamat 19, Jalan Mohd Taib Kampung Wadi Hana pada 5 Januari lalu.
"Isan yang menerima Anindya mendakwa ibu kepada bayi berkenaan pada mulanya meminta kebenaran untuk meninggalkan anaknya itu selama dua hari.
"Wanita itu menyatakan ibu Anindya memberi alasan perlu mencari kerja dan dia terpaksa menerimanya kerana ibu bayi tersebut merayu kepadanya," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata, Isan mendakwa pada 7 Januari lalu keadaan tubuh Anindya menjadi kebiruan sebelum membawanya ke Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.
Pada masa sama katanya, wanita berkenaan berusaha mencari ibu Anindya namun gagal sebelum memaklumkan perkara itu kepada Pejabat Konsulat Jenderal Republik Indonesia di bandar raya ini.
Norhafizah berkata, pihak Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Johor Bahru menghubungi wakil konsulat bagi memaklumkan perkara terbabit.
Katanya, pada 18 Januari JKM turut menghantar surat kepada pihak konsulat untuk mendapatkan maklum balas berkenaan perkara tersebut bagi memastikan kesejahteraan dan masa depan Anindya.
Pada 22 Januari pula katanya, pihak JKM bersama-sama dua wakil konsulat ke HSA untuk melihat sendiri keadaan Anindya dan mendapatinya dalam keadaan sihat.
Beliau berkata, pihak konsulat masih tidak dapat mengenal pasti latar belakang Anindya sehingga kini.
"Walaupun Isan mengesyaki ibu bayi merupakan wanita Indonesia menerusi perbualannya ketika ditemui, namun perkara itu tidak dapat dijadikan bukti yang kukuh atas pengesahan kewarganegaraan bayi itu.
"Berdasarkan hasil siasatan yang dilaksanakan pihak konsulat, bayi itu tidak boleh disahkan sebagai warganegara Indonesia seperti dalam maklum balas surat rujukan daripada konsulat bertarikh 23 Januari 2024," katanya.
Tambah Nurhafizah, pihak konsulat menyerahkan dokumen, penjagaan dan penempatan Anindya kepada pihak JKM Daerah Johor Bahru.
"Diharap ibu bayi berkenaan tampil ke pejabat JKM bagi membincangkan masa depannya," kataya dan orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu Anindya boleh menghubungi talian 07-2232606. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Feb 16 2024
JKM sedang mencari ibu kandung kepada bayi bernama Anindya yang ditinggalkan ibunya kepada seorang wanita di Kampung Wadi Hana, Johor Bahru bulan lalu. - Gambar hiasan
Kes denggi menurun - KP Kesihatan
Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, tiada kematian akibat komplikasi demam denggi dilaporkan dalam minggu tersebut.
Penduduk Malaysia cecah 34 juta - DOSM
Penduduk Malaysia pada suku tahun pertama 2024 (ST1 2024) dianggarkan berjumlah 34 juta, meningkat 2.3 peratus berbanding suku tahun pertama 2023 (ST1 2023).
AWANI Ringkas: Saman Lim Kit Siang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Universiti seluruh dunia jadi hab sokong perjuangan Palestin
Universiti menjadi hab mega aktivisme bagi pelajar mengangkat perjuangan Palestin dan membantah pembunuhan yang sedang dilakukan oleh Israel dengan sokongan sekutunya, Amerika Syarikat.
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Piala Asia: Kazakhstan calar rekod bersih Malaysia
Skuad hoki dalam dewan wanita alami kekalahan pertama di tangan Kazakhstan, 1-5, pada saingan ketiga Kumpulan A.
Pusat Arkeologi Guar Kepah 98 peratus siap, akan dibuka akhir tahun ini
Pembukaan pada akhir tahun itu setelah mengambil kira fasa pemindahan rangka dan artifak Guar Kepah.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Polis kesan individu tinggalkan bayi di Masjid Taman Melawati
Polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek agar menyalurkannya kepada polis.