awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli akademik Switzerland minta penamatan perjanjian penyelidikan dengan Israel
Rumah Mesra Rakyat lambang simbol kestabilan hidup, masa depan lebih terjamin
Perbuatan sabotaj sasar rangkaian kereta api di Itali
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita jangan takut main peranan lebih besar - Wan Azizah

Bernama
Bernama
23/03/2025
14:45 MYT
Wanita jangan takut main peranan lebih besar - Wan Azizah
Dr Wan Azizah menyampaikan ucapan pada Program Ilmu MADANI Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah dan Cendera Kasih Aidilfitri di Pusat Belia Antarabangsa hari ini. - Gambar Bernama
KUALA LUMPUR: Isteri Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyeru agar golongan wanita tidak takut untuk melangkah ke hadapan bagi memainkan peranan lebih besar dalam pembangunan negara dan menjadi ejen perubahan ke arah masyarakat yang lebih sejahtera.
Ahli Parlimen Bandar Tun Razak itu berkata dunia hari ini memerlukan lebih ramai wanita yang berani, berwawasan dan mempunyai hikmah dalam kepimpinan.
"Sejarah telah membuktikan bahawa wanita memainkan peranan besar dalam pembentukan peradaban Islam. Contohnya Sayidatina Khadijah, seorang wanita yang bukan sahaja menjadi isteri Rasulullah SAW, tetapi juga seorang ahli perniagaan yang berjaya dan pendukung utama dakwah Islam.
"Begitu juga dengan Sayidatina Aisyah, seorang ilmuwan dan perawi hadis yang ilmunya menjadi rujukan sepanjang zaman. Kepimpinan wanita dalam Islam bukan sekadar berada di belakang tabir, tetapi turut menyumbang secara langsung dalam aspek pentadbiran, pendidikan dan pembangunan masyarakat.
"Wanita bukan hanya pelengkap, tetapi pemimpin yang boleh membawa perubahan dengan nilai-nilai hikmah dan kebijaksanaan," katanya ketika berucap merasmikan Program Ilmu MADANI: Wanita Mukminah Kepimpinan Berhikmah di sini, hari ini.
Beliau berkata kepimpinan yang berhikmah perlulah berasaskan kepada nilai-nilai keimanan, keilmuan dan kebijaksanaan, keadilan dan kesaksamaan serta kasih sayang dan empati.
Pada majlis tersebut beliau turut menyampaikan sumbangan hari raya kepada 1,000 wanita yang memerlukan dari seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kasih sayang
#sumbangan hari raya
#ejen perubahan
#belakang tabir
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan