awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Kemboja, anak dakwa Melayu malas dituduh di mahkamah esok

Bernama
Bernama
06/12/2023
07:09 MYT
Wanita Kemboja, anak dakwa Melayu malas dituduh di mahkamah esok
IPK) Melaka dalam satu kenyataan berkata pemilik perniagaan di Johor Bahru, Johor yang berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.
MELAKA: Seorang wanita asal Kemboja dan anak lelakinya yang sebelum ini tular di media sosial berikutan dakwaan 'Melayu malas', akan dituduh di Mahkamah Majistret Ayer Keroh esok.
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Melaka dalam satu kenyataan berkata pemilik perniagaan di Johor Bahru, Johor yang berusia 47 tahun itu akan dituduh mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan kenyataan dengan niat mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum.
"Anak lelakinya yang berusia 22 tahun pula akan dituduh di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.
"Siasatan berkaitan kes itu telah dirujuk ke pejabat Unit Jenayah Am dan Ketenteraman Awam (UJAKA), Pejabat Peguam Negara pada semalam (5 Dis)," menurut kenyataan itu.
Sebelum ini, tular rakaman video di media sosial menunjukkan seorang wanita yang mengaku asal Kemboja, tetapi sudah lama bermastautin di negara ini sedang mengadakan penstriman langsung di sebuah gedung pakaian Muslimah.
Dia mendakwa orang Kemboja sememangnya pandai dan rajin berniaga berbanding orang Melayu yang malas, namun pada akhir rakaman video berkenaan, menyatakan dia hanya bergurau dan memohon maaf, disusuli permohonan maaf yang diulang pada hantaran berasingan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#wanita Kemboja
#tuduh Melayu malas
#IPK Melaka
#mengapi-apikan mana-mana golongan atau kaum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan