Seorang wanita kerdil yang mendakwa dirinya puteri Sultan Pahang dipenjara tiga tahun dua bulan oleh Mahkamah Mahkamah Majistret Ampang di sini, hari ini kerana menipu seorang pakar bedah kosmetik bergelar Datuk.
Rohaida Yahlil, 41, mengaku bersalah di dua Mahkamah Majistret berasingan atas 53 pertuduhan menipu Datuk Dr Abdul Jalil Jidon, 60, untuk mempercayai dia adalah puteri Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah bagi memperdaya mangsa menyerahkan wang tunai berjumlah RM1.203 juta kepadanya.
Rohaida yang bertongkat dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dua bulan bagi 34 pertuduhan oleh Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali.
Majistret Mohamad Izwan Mohamed Noh pula menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun bagi 19 pertuduhan terhadap wanita itu.
Kedua-dua mahkamah memerintahkan tertuduh, seorang eksekutif insurans, supaya menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh dia ditangkap semalam (13 Mac 2017).
Berdasarkan 53 pertuduhan itu, Rohaida didakwa menipu Dr Abdul Jalil dengan memperdayanya untuk mempercayai bahawa tertuduh adalah Yang Amat Mulia Tengku Aishah Sultan Ahmad Shah sehingga mendorong mangsa menyerahkan wang tunai melalui cek untuk dimasukkan ke akaun Maybank, Khuzairiah Abdul Latiff, yang merupakan rakannya.
Bagi mendapatkan wang itu, tertuduh menggunakan dua alasan iaitu pembayaran cukai kepada Bank Negara bagi membolehkan wang masuk dari luar negara dan untuk kegunaan peribadi Sultan Pahang.
Ketika rayuan, wanita itu yang tidak diwakili peguam, sambil menangis memberitahu mahkamah bahawa dia melakukan perbuatan itu kerana mahu terus didampingi rakan-rakannya.
"...duit ini untuk belanja rakan-rakan saya untuk rapat dengan mereka...kerana mereka tak boleh terima saya. Dengan adanya duit ini, mereka sentiasa di sisi saya," katanya tersekat-sekat sambil memohon hukuman ringan.
Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Zuhaini Mahamad Amin dan Raihanah Abdul Razak memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berat berbentuk pengajaran dengan mengambil kira kesalahan serius tertuduh yang menggunakan nama raja negara.
"Penipuan yang membabitkan seorang yang profesional (mangsa) dan melibatkan Sultan Pahang adalah satu jenayah sangat serius. Keberanian tertuduh menggunakan nama Sultan Pahang, untuk mendapatkan wang, belanja rakan-rakan adalah tidak wajar," kata Ahmad Zuhaini.
Berdasarkan fakta kes, pada Jun 2013, Dr Abdul Jalil telah menerima satu panggilan telefon daripada tertuduh yang memperkenalkan dirinya sebagai Tengku Aishah, anak perempuan Sultan Pahang, dan meminta mangsa memasukkan wang untuk kegunaan Sultan Pahang.
Tertuduh memberitahu Sultan Pahang akan membayar semula wang itu dalam masa terdekat dan mangsa kemudian memasukkan wang tersebut ke dalam akaun Maybank rakan tertuduh.
Namun, mangsa mula mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena selepas wangnya tidak dikembalikan semula.
Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, tertuduh mengaku bersalah atas lapan pertuduhan melibatkan diri dalam pengubahan wang haram membabitkan sejumlah RM2,841,690.
Hakim Rushan Lutfi Mohamed membenarkan tertuduh diikat jamin RM300,000 dengan seorang penjamin untuk kesemua pertuduhan berserta syarat tambahan pasportnya diserahkan kepada mahkamah.
Mahkamah menetapkan 3 April ini untuk menjatuhkan hukuman.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 15 2017
Rohaida (tengah) dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dua bulan bagi 34 pertuduhan oleh Majistret Mohamad Firdaus Sadina Ali. - Bernama
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Rugi RM120,000 diperdaya 'scammer' menyamar anggota AMLA
Mangsa yang percaya dengan kata-kata tersebut telah melakukan 17 transaksi pembayaran melalui mesin deposit ke dalam tiga akaun bank berbeza.
Remaja 14 tahun menyamar sebagai kakitangan Hospital Serdang ditahan
Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun ditahan polis kerana dipercayai menyamar sebagai pegawai perubatan dan memasuki bilik bedah hospital Sultan Idris Shah, Serdang pada Khamis.
Identiti 'isteri' terbongkar, pasangan lelaki kantoi kahwin sejenis
Di bawah kes itu, Jurnal dikatakan menyamar sebagai pengantin wanita untuk mengelirukan orang ramai.
Polis tumpas sindiket penipuan panggilan telefon pihak menyamar pegawai insurans
Polis menumpaskan satu sindiket penipuan berkaitan panggilan telefon daripada pihak yang menyamar sebagai pegawai insuran.
Malaysia juga berdepan risiko jenayah AI - Pakar
AI itu membuat penaakulan dan berfikir seperti manusia, menawarkan manfaat yang begitu besar, khususnya bagi meningkatkan lagi kecekapan.
Lebih 400 kes menyamar rakan di aplikasi sosial disiasat - Bukit Aman
JSJK Bukit Aman kesan penipuan menyamar sebagai rakan atau kenalan di aplikasi media sosial seperti WhatsApp, Telegram, Facebook dan sebagainya.
Dua bekas anggota penguat kuasa ditahan disyaki minta rasuah RM18,000
Kedua-dua suspek menyamar sebagai pegawai Unit Risikan Bukit Aman meminta balasan untuk tidak mengambil tindakan bagi kes pengubahan wang haram terhadap mangsa.
Peniaga didakwa menyamar sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM
Aries Ryan Philip Among, 29, dituduh menipu seorang individu dengan menyamar sebagai Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM.
Warga emas kerugian lebih RM200,000 ditipu 'pegawai BNM'
Seorang wanita warga emas kerugian RM212,951.20 akibat terpedaya dengan pihak yang menyamar sebagai pegawai Bank Negara Malaysia (BNM) berhubung penggunaan kad kredit.
Pesara kerugian RM127,560 jadi mangsa 'phone scam'
Mangsa melakukan tiga transaksi kepada tiga akaun bank milik individu berlainan sepanjang tempoh antara 9 dan 10 Oktober lalu.