Seorang wanita maut akibat terjatuh dari lereng bukit di Jalan Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai dekat sini tengah malam tadi selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya.
Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang, Supt Nazri Nawawi berkata kejadian berlaku kira-kira pukul 12.50 tengah malam.
"Sebelum mangsa terjatuh, seorang saksi telah melihat mereka bergaduh dan dipercayai teman lelaki berusia 35 tahun itu telah menampar mangsa yang berusia lingkungan 20-an sehingga wanita berkenaan dikatakan tercampak ke bawah bukit.
"Hasil siasatan polis mendapati mangsa terjatuh dari ketinggian 26 meter," katanya ketika dihubungi Bernama pada Jumaat.
Berikutan itu, lelaki berkenaan ditahan untuk siasatan lanjut manakala kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Nazri berkata mayat mangsa telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat.
Bernama
Sat Oct 31 2015
Seorang wanita maut akibat terjatuh dari lereng bukit malam tadi selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya. -Gambar hiasan
Pengasas jenama fesyen Mango Isak Andic maut terjatuh tebing
Isak Andic, pengasas rangkaian fesyen global Mango, meninggal dunia pada Sabtu selepas terjatuh dari tebing di timur laut Sepanyol.
Konsert Siti Nurhaliza, Judika dikejutkan dengan insiden kebakaran
Konsert penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza bersama Judika di Stadium Merdeka dikejutkan seketika dengan insiden kebakaran kecil melibatkan kotak bunga api pada Sabtu.
PRN Sabah: GRS nyata hasrat terus bekerjasama dengan PH - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berhasrat untuk mengekalkan kerjasama dengan Pakatan Harapan bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri akan datang.
Program Gerakan Kepimpinan Madani perkukuh inisiatif KPM banteras isu buli
Program Gerakan Kepimpinan Madani: Hentikan Salah Laku Buli dan Seksual yang dilaksana KPM memperkukuh inisiatif kementerian dalam usaha membanteras isu buli di sekolah.
Anak jadi inspirasi guru pedalaman bina bilik multisensori bantu murid pendidikan khas
Seorang guru di pedalaman Sabah menjadikan anak lelaki tunggalnya yang juga kanak-kanak autistik sebagai sumber inspirasi membangunkan projek bilik multisensori.
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
Tanah runtuh Bukit Permai: Penduduk dakwa buat aduan sejak Januari
Penduduk Taman Bukit Permai 2 dakwa telah membuat aduan berulang kali berhubung risiko tanah runtuh di kawasan tersebut, namun tiada maklum balas diperoleh.
Hujan berterusan beberapa hari tingkatkan risiko tanah runtuh - Pakar
Perkara yang perlu diberi perhatian kini adalah cara untuk mencegahnya daripada berlaku termasuk insiden besar seperti di Ampang itu.
Tanah runtuh Bukti Permai: Wan Azizah gesa kajian terperinci dilakukan
Ahli Parlimen Pandan, Datin Seri Dr Wan Azizah Ismail tidak ketinggalan hadir untuk meninjau kawasan tragedi.
DUN Johor tegang gara-gara pantun
Persidangan DUN Johor hari ini menjadi tegang seketika apabila Anggota DUN Bukit Permai Ali Mazat Salleh dituduh mengeluarkan ayat berbaur perkauman pada sesi perbahasan Bajet Johor 2018.
Wanita maut akibat terjatuh di lereng bukit
Seorang wanita maut akibat terjatuh dari lereng bukit di Jalan Bukit Permai 1, Taman Bukit Permai dekat sini tengah malam tadi selepas dipercayai bergaduh dengan teman lelakinya.