BALING: Seorang pekerja am wanita maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Pegang, di sini, pada Isnin.
Mangsa Noriza Aziz, 39, beralamat dari Kampung Carok Gorok, Jalan Lata Bayu, maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala.
Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat berkata, dalam kejadian jam 7.27 pagi itu, mangsa yang menunggang motosikal Honda Vario 150 datang dari arah rumah di Carok Garok menghala ke tempat kerja di Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Pegang, Baling Kedah.
Sementara dua buah kereta dari arah Baling pula menghala ke Kuala Ketil untuk pulang ke rumah.
“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa berada di laluan kiri jalan telah mengubah ke laluan kanan jalan secara tiba-tiba telah menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dipandu seorang lelaki berusia 58 tahun datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu bergesel dengan motosikal mangsa.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa hilang kawalan dan terjatuh di laluan bertentangan dan pada masa sama sebuah kereta Produa Kelisa yang dipandu seorang lelaki berusia 44 tahun datang dari arah belakang tidak sempat mengelak lalu melanggar bahagian kepala mangsa mengakibatkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Mayat mangsa telah di hantar ke Hospital Kulim untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Feb 19 2024
Seorang pekerja am wanita maut ketika dalam perjalanan ke tempat kerja selepas terlibat dalam kemalangan di Simpang Tiga Kuala Pegang, di Baling, pada Isnin. - Gambar ihsan PDRM
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
3 maut, 39 cedera bom dilempar berhampiran pentas konsert di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
187 kali siasatan didakwa sekat kebebasan bersuara - CIJ
Dalam pada itu, Ketua Pengarang Astro Awani, Ashwad Ismail Berkata, pengamal media perlu beroperasi dalam persekitaran yang sangat kondusif serta menekankan falsafah yang mampu meningkatkan kualiti kewartawanan.
Wanita maut digilis tayar kereta
Noriza Aziz maut di tempat kejadian selepas mengalami cedera parah di kepala.