awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut ditolak teman lelaki dari tingkat 23

Bernama
Bernama
29/02/2024
02:30 MYT
Wanita maut ditolak teman lelaki dari tingkat 23
Siasatan polis mendapati mangsa ialah wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja. - Foto PDRM/BERNAMA
SHAH ALAM: Seorang wanita warga Thailand maut dipercayai ditolak teman lelakinya dari tingkat 23 sebuah kondominium di Setia Alam di sini malam tadi.
Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu pada 10.02 malam dan menurut saksi kejadian, berlaku pergaduhan antara suspek berumur 37 tahun dengan wanita itu sebelum ditolak dan terjatuh di tingkat tujuh kondominium terbabit.
Mohd Iqbal berkata siasatan mendapati mangsa ialah wanita warga Thailand berusia 32 tahun dan tidak bekerja.
"Suspek iaitu lelaki tempatan ditahan di lokasi kejadian pada 10.10 malam. Hasil semakan mendapati pemandu lori itu mempunyai tujuh rekod jenayah dan satu rekod dadah. Ujian saringan air kencing juga mendapati suspek positif dadah jenis kanabis," katanya dalam kenyataan hari ini.
Mohd Iqbal berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Muhammad Khairi Kamaruddin melalui talian 012-2666025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis
#Setia Alam
#tolak teman wanita
#jatuh dari kondominium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan