awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pencemaran Sungai Johor: Nelayan Orang Asli Sayong Pinang bergelut cari rezeki
PRK Kinabatangan, Lamag medan uji daya tahan legasi Bung Moktar - Penganalisis
Pakistan sasar memvaksin lebih 45 juta kanak-kanak dalam kempen anti-polio pertama 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kereta dihanyutkan arus di Tanah Merah

Bernama
Bernama
26/11/2025
05:00 MYT
Wanita maut kereta dihanyutkan arus di Tanah Merah
Seorang warga emas maut dan menjadi korban banjir kedua di negeri ini selepas kereta dinaiki dihanyutkan air deras di Kampung Batu Lima, Jalan Jedok, Tanah Merah pada Rabu. - Foto JBPM
KOTA BHARU: Seorang wanita maut manakala seorang lagi terselamat selepas kereta dinaiki dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah, awal pagi ini.

Ringkasan AI
  • Wanita terbunuh dan seorang lagi selamat apabila kereta mereka dihanyutkan arus deras di Kampung Batu 5, Jalan Jedok, Tanah Merah.
  • Operasi mencari dan menyelamat dijalankan selepas pihak Bomba menerima panggilan kecemasan pada awal pagi.
  • Mangsa kedua, Siti Gayah Zakaria, ditemui mati tidak jauh dari lokasi kereta terperangkap setelah operasi penyelamatan dilakukan oleh anggota BBP Tanah Merah.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kelantan berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.13 pagi mengenai sebuah kereta jenis Proton Saga FLX yang dihanyutkan arus di kawasan berkenaan.
"Jentera bomba tiba di lokasi tiga minit kemudian dan operasi mencari serta menyelamat segera dijalankan. Mangsa pertama, Shamila Suzie Ahmad Basharuddin berjaya diselamatkan manakala seorang lagi wanita Siti Gayah Zakaria didapati hilang.
"Mangsa kedua (Siti Gayah) ditemukan pada 7.49 pagi tadi tidak jauh dari lokasi kereta berkenaan tersangkut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi hari ini.
Operasi melibatkan anggota BBP Tanah Merah bersama sebuah jentera FRT sebelum mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#wanita maut
#dihanyut arus deras
#Tanah Merah
#bomba
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan