awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut kereta terbabas di Felda Jengka 19

Azee Shafy
Azee Shafy
01/03/2023
02:00 MYT
Wanita maut kereta terbabas di Felda Jengka 19
Seorang wanita maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta Perodua Myvi yang terbabas di Felda Jengka 19, di Maran, pagi ini. - Foto ihsan JBPM Pahang
MARAN: Seorang wanita berusia 32 tahun maut dalam nahas jalan raya pagi ini apabila kereta yang dipandunya terbabas di Felda Jengka 19, di sini.
Pegawai Perhubungan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Zulfadli Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 6.44 pagi.
Seramai empat anggota dan seorang pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Jengka digerakkan ke lokasi kejadian.
Difahamkan, mangsa dikenali sebagai Nur Syuhada Husni yang beralamat di Felda Semarak Jengka 15, Bandar Pusat Jengka.
"Komander operasi melaporkan berlaku kemalangan sebuah kereta jenis Perodua Myvi berwarna hitam dipandu mangsa, dipercayai terbabas.
"Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas kesihatan yang berada di lokasi kejadian," kata Zulfadli dalam satu kenyataan hari ini.
Jelasnya, pasukan bomba telah menjalankan operasi mengeluarkan mangsa dan menyerahkan mayat kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Topic Berkaitan
#wanita maut
#kereta terbabas
#kemalangan
#Felda Jengka 19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan