awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ratu cantik Malaysia angkat pendidikan kanak-kanak terpinggir
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita maut selepas selamat kura-kura di tepi tasik

Bernama
Bernama
28/12/2016
13:06 MYT
Wanita maut selepas selamat kura-kura di tepi tasik
Seorang suri rumah menemui ajal akibat tergelincir di tepi tasik selepas menyelamatkan seekor kura-kura pagi tadi. -Gambar hiasan
Seorang suri rumah menemui ajal akibat tergelincir di tepi tasik selepas menyelamatkan seekor kura-kura pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Ipoh, ACP Sum Chang Keong berkata kejadian kira-kira 9.30 pagi itu berlaku ketika Chin Ah Looi, 57, yang sedang bersenam di Bandar Seri Botani, Simpang Pulai melihat seekor kura-kura.
"Mangsa kemudian bertindak mengambil kura-kura itu untuk dilepaskan ke dalam tasik berhampiran.
"Namun ketika mangsa berdiri di tebing tasik, mangsa tergelincir dan disyaki badannya tercucuk sebatang kayu bakau sebelum dia terjatuh ke dalam tasik," katanya.
Beliau berkata anggota polis bantuan yang ternampak kejadian tersebut cuba menarik mangsa ke darat sebelum menghubungi pihak ambulans dan polis untuk mendapatkan bantuan.
Sum berkata mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk dibedah siasat.
Beliau berkata hasil bedah siasat mendapati punca kematian mangsa adalah disebabkan kesan kecederaan akibat tusukan pada bahagian dadanya.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#selamatkan kura-kura
#Sum Chang Keong
#tergelincir di tepi tasik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan