awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita menari atas tong dalam pesta bogel di Pulau Perhentian? Ini reaksi polis Besut

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
04/08/2019
06:37 MYT
Wanita menari atas tong dalam pesta bogel di Pulau Perhentian? Ini reaksi polis Besut
MOHD ZAMRI: "Gambar yang dimuatnaik itu adalah gambar lama tahun 2017 lagi tarian itu dibuat seorang 'pondan' dan tidak dianjurkan oleh siapa-siapa pun." - Foto ihsan pembaca
Polis Terengganu menafikan wujudnya penganjuran pesta separuh bogel di sebuah chalet di Pulau Perhentian, Besut seperti yang tular di laman sosial baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata hasil siasatan yang dijalankan pihaknya mendapati tiada aktiviti seperti dakwaan itu berlaku di pulau peranginan tersebut.
Menurut Mohd Zamri sebaliknya video yang tersebar itu merupakan video lama.
“Gambar yang dimuatnaik itu adalah gambar lama tahun 2017 lagi. Tarian tu dibuat seorang ‘pondan’ dan tidak dianjur oleh siapa-siapa pun.
“‘Pondan' itu dalam keadaan mabuk dan secara spontan saja dia menari di tepi pantai di atas tong. Gambar itu dimuatnaik pada tahun 2017 lagi berlaku.
“‘Pondan' itu pun kita telah kenal pasti dah tidak ada siapa yang menganjurkan pesta arak dan tarian bogel di Pulau Perhentian. Tidak ada mana-mana resort, mana-mana bar yang menganjurkannya,” jelas Mohd Zamri ketika ditemui hari ini.
Sejak Ahad lalu tular di media sosial mengenai video dan gambar wanita menari dalam keadaan separuh bogel bersama lelaki di sebuah chalet. - Foto ihsan pembaca
Sejak Ahad lalu tular di media sosial mengenai video dan gambar wanita menari dalam keadaan separuh bogel bersama lelaki di sebuah chalet. - Foto ihsan pembaca
Beliau berkata hasil siasatan pihaknya juga mendapati video itu dimuatnaik seorang pemilik laman sosial kerana tidak berpuas hati dengan pihak berkuasa tempatan.
Jelasnya siasatan lanjut masih dijalankan dan pihak polis sedang mengenal pasti pemilik sebenar akaun laman sosial tersebut.
“Dia tidak berpuas hati dengan pihak PBT yang tidak membenarkan dia buka pusat urut di pulau, maka penduduk pulau pun tidak suka, peniaga-peniaga pun tidak suka dia berniaga.
“Dia tidak berjaya, dia menaikkan gambar itu dengan tujuan dia untuk memburuk-burukkan pihak berkuasa tempatan iaitu Majlis Daerah Besut dan Kerajaan Negeri Terengganu,” katanya lagi.
Sejak Ahad lalu tular di media sosial mengenai video dan gambar wanita menari dalam keadaan separuh bogel bersama lelaki di sebuah chalet di pulau peranginan berkenaan.
Berdasarkan dua video masing-masing berdurasi 30 saat dan sembilan saat itu turut memperlihatkan sekumpulan lelaki dan wanita berpakaian separuh bogel melakukan aktiviti serupa.
Topic Berkaitan
#Besut
#Ketua Polis Daerah Besut
#laman sosial
#media sosial
#menari bogel
#menari tiang
#polis
#pondan
#Pulau Perhentian
#rumah urut
#Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi
#video
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan