GEORGE TOWN: Seorang pekerja kedai pakaian dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu minggu lepas.
Norhayati Talib, 28, didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah bilik di motel di Batu Ferringhi di sini kira-kira pukul 4.30 petang, 20 Mac lepas.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu bersama dua lagi, Zuhan Khan Mohamed Ali, 52, dan Mohd Kadrie Kamarulzaman, 41, yang mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan tersebut.
Mereka bertiga didakwa memiliki 18 keping wang kertas RM100 dan tiga keping RM20 yang mereka ketahui adalah palsu.
Majistret Nur Melati Diana Abdul Wahab memerintahkan hukuman terhadap Norhayati bermula dari tarikh tangkap pada 20 Mac.
Pertuduhan mengikut Seksyen 489C Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, jika sabit kesalahan.
Zuhan Khan yang merupakan pekerja hotel turut dikenakan satu lagi pertuduhan iaitu memiliki 14 keping wang kertas RM100 palsu dan satu keping wang RM20 palsu, di sebuah bilik berlainan, di motel yang sama pada tarikh serta masa yang sama.
Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Atikah Asharaf Ali manakala kesemua tertuduh diwakili peguam Cheah Eng Soon.
Mahkamah menetapkan 16 Mei ini untuk sebutan semula kes dan membenarkan Zuhan Khan diikat jamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan, manakala Mohd Kadrie dikenakan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin.
Sementara itu, Zuhan Khan turut dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas satu lagi pertuduhan menggunakan wang palsu RM100 sebagai tulen di kedai 7-Eleven, Batu Ferringhi di sini pada 11 Mac lepas.
Zuhan Khan bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan itu yang dikemukakan mengikut Seksyen 489B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Chew Qi Wei manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Hakim Mazdi Abdul Hamid membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM6,000 dan menetapkan 12 Mei untuk sebutan semula kes.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 30 2023
Pekerja kedai pakaian, Norhayati Talib, 28, dijatuhi hukuman penjara 10 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu minggu lepas. - Foto BERNAMA
Jadikan ASEAN sebagai pusat pertumbuhan utama- Pakar
ASEAN mempunyai potensi untuk menjadi pusat pertumbuhan ekonomi yang kukuh, inklusif dan mampan.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Menurut penganalisis ekonomi, Fithra Faisal, negara-negara besar khususnya harus tundukkan 'ego' mereka dan bekerja bersama dengan anggota ASEAN untuk memperkukuhkan lagi ekonomi negara.
Bill Gates sambut baik dana $500 juta dari Arab Saudi
Pengasas Microsoft, Bill Gates mengalu-alukan bantuan $500 juta dolar dari Arab Saudi dalam usaha memerangi penyakit polio bagi tempoh lima tahun akan datang.
Hanya US boleh halang Israel terus serang Rafah- Mahmoud Abbas
Rafah menjadi tempat lebih sejuta rakyat Palestin berlindung daripada serangan berterusan Israel, sejak tujuh bulan lalu.
Anwar tekan kepentingan sokong pengiktirafan negara Palestin di PBB
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menekankan kepentingan menyokong pengiktirafan negara Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ketika bertemu rakan sejawatnya dari Jordan, Bisher Hani Al-Khasawneh, di luar mesyuarat khas Forum Ekonomi Sedunia (WEF) di Riyadh Arab Saudi pada Ahad.
Muhammad Hakim Danish naik podium di GP Sepanyol
Pelumba muda negara Muhammad Hakim Danish Ramli mempamerkan peningkatan prestasi apabila menamatkan perlumbaan 2 Grand Prix (GP) Sepanyol bagi saingan Rookies Cup di kedudukan podium hari ini.
10 Berita Pilihan - (28 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Ringkas: Inspektor ditahan kerja
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Ratu cantik Malaysia Harveen Kaur tawan Puncak Mera namun hilang jari akibat luka beku
Puncak Mera yang berketinggian 6,470 meter dari paras laut itu mampu memberi cabaran hebat meskipun kepada pendaki paling berpengalaman.
'Dek Wan' terus menyinar di Maghribi
Dek Wan mempamerkan larian bertenaga dengan mencatat masa 12.52 saat (s) untuk meninggalkan Taha Al Harrasi (12.65s) dari Oman.
Piala Thomas: Malaysia tempah slot ke suku akhir
Malaysia berjaya menempah slot ke suku akhir selepas menewaskan Algeria dengan kemenangan 5-0 dalam saingan Piala Thomas di Chengdu, China sebentar tadi.
Wanita mengaku miliki wang palsu dipenjara 10 bulan
Seorang pekerja kedai pakaian dijatuhi hukuman penjara 10 bulan selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki wang palsu minggu lepas.