awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
Dua jeti di Port Dickson berwajah baharu, beri nilai tambah pelancongan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita mengaku tidak bersalah gigit hidung jiran

Sinar Harian
Sinar Harian
23/08/2024
07:45 MYT
Wanita mengaku tidak bersalah gigit hidung jiran
Adrienne Liew Siew Wern, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri selepas kertas pertuduhan dibacakan. - Gambar hiasan
MELAKA: Seorang wanita dihadapkan ke Mahkamah Majistret Melaka pada Jumaat atas pertuduhan menggigit hidung jirannya, Januari lalu.
Tertuduh, Adrienne Liew Siew Wern, 37, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Majistret, Nor Syaliati Mohd Sobri selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, wanita itu didapati dengan sengaja menyebabkan cedera kepada jiran lelakinya yang berusia 40 tahun dengan cara menggigit hidungnya.
Perbuatan itu dilakukan di sebuah rumah di Jalan Bunga Raya 3, Taman Bunga Raya, Bukit Beruang, dalam daerah Melaka Tengah kira-kira jam 6 petang, 19 Januari lalu.
Sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara satu tahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan
Timbalan Pendakwa Raya, Fiqri Hakim Zamri mencadangkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh.
Peguam, Cassian Anthony bagaimanapun merayu jaminan rendah dengan alasan anak guamnya yang masih bujang hanya bekerja sebagai pembantu farmasi dengan gaji bulanan RM3,500 dan perlu menanggung ibu yang menghidap kanser otak.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dan menetapkan 6 September depan sebagai sebutan semula kes dan serahan dokumen. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#serang jiran
#kes mahkamah
#gigit hidung jiran
#Melaka
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan