awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita meninggal dunia di Kampung Titingan Tawau, dipercayai disamun sebelum dibunuh

Petrus Bernard
Petrus Bernard
16/12/2022
02:31 MYT
Wanita meninggal dunia di Kampung Titingan Tawau, dipercayai disamun sebelum dibunuh
Menurut Champin, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan usaha memburu suspek giat dilakukan.
TAWAU: Wanita yang dipercayai dibunuh dengan kejam di Kampung Titingan, di sini semalam disahkan disamun sebelum meninggal dunia akibat kecederaan di leher.
Timbalan Ketua Polis Daerah Tawau Superintenden Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati mangsa bersama anaknya berusia satu tahun dalam perjalanan menuju ke rumah saudaranya untuk mengambil sayur.
"Sebaik sahaja tiba di lorong gelap, mangsa dipercayai disamun dan berlaku pergelutan sebelum dicederakan di leher menggunakan objek tajam.
"Mengikut saksi, beberapa barang kemas yang dipakai mangsa hilang ketika ditemukan, katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.
Tambah Champin, mangsa merupakan warganegara asing dan berusia 30-an itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pegawai perubatan.
Menurut beliau, setakat ini tiada tangkapan dibuat dan usaha memburu suspek giat dilakukan.
"Polis masih menjalankan siasatan lanjut termasuk mengesan saksi-saksi yang melihat kejadian berlaku serta suspek yang terlibat," katanya.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Kes bunuh Tawau
#Wanita dibunuh di Tawau
#Kampung Titingan
#bunuh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan