awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita nyaris dirogol di taman riadah

Azee Shafy
Azee Shafy
12/12/2022
23:00 MYT
Wanita nyaris dirogol di taman riadah
Polis berjaya menimbulkan lakaran suspek yang dipercayai berumur awal 30-an dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit gelap. - Foto PDRM
TEMERLOH: Seorang wanita terselamat daripada menjadi mangsa rogol selepas berjaya melarikan diri dalam satu kejadian cubaan rogol di Taman Tasik Kubang Gajah, pada Jumaat lalu.
Mengikut laporan, kejadian berlaku sekitar jam 7 malam.
Ketua Polis Daerah Temerloh, ACP Mohd Azhar Mohd Yusoff berkata, mangsa merupakan warga tempatan berusia 27 tahun telah didatangi seorang lelaki yang tidak dikenali selepas mangsa melakukan senaman di kawasan riadah berkenaan.
"Dalam kejadian itu, mangsa yang telah selesai melakukan senaman di laluan pejalan kaki belakang Taman Tasik Kubang Gajah, telah didatangi seorang lelaki memakai pelitup mula disyaki cuba melakukan rogol ke atas mangsa.
"Bagaimanapun, mangsa berjaya melarikan diri sebelum ke ke balai polis berdekatan membuat laporan," katanya dalam satu kenyataan.
Mohd Azhar berkata, hasil siasatan, polis berjaya menimbulkan lakaran suspek yang dipercayai berumur awal 30-an dengan ketinggian kira-kira 170 sentimeter dan berkulit gelap
Jelasnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 376/511 Kanun Keseksaan iaitu cubaan melakukan rogol.
Pada masa sama, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak beriadah di tempat sunyi seperti taman rekreasi, taman tasik dan sebagainya terutama selepas lewat petang, serta beriadah secara berkumpulan bagi mengelakkan kejadian seperti ini berlaku.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu boleh menyalurkan maklumat tersebut kepada polis di talian 09-271 6222 atau emel [email protected] atau melaporkan di mana-mana balai polis yang berhampiran.
Topic Berkaitan
#rogol
#kawasan riadah
#Mohd Azhar Mohd Yusoff
#lakaran suspek
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan