KULAI: Seorang wanita nyaris menjadi mangsa culik selepas ditumbuk dan diseret di atas jalan raya sebelum dipaksa masuk ke sebuah kereta oleh empat lelaki tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Lagenda Putra di sini, Ahad lepas.
Ketua Polis Daerah Kulai Supt Tan Seng Lee berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Beliau berkata lelaki itu kemudian mendapati isterinya mengalami kecederaan luka pada bahagian bibir, tangan dan kaki, sebelum membuat laporan polis pada malam itu.
"Hasil siasatan mendapati mangsa telah ditumbuk dan diseret di atas jalan raya oleh empat lelaki tidak dikenali yang disyaki warga tempatan.
"Mereka dipercayai turut cuba menarik mangsa untuk masuk ke dalam sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya, namun tidak berjaya, " katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagaimanapun, Tan berkata tiada cubaan cabul terhadap mangsa sebagaimana didakwa di laman sosial Facebook sekali gus menasihati orang ramai agar tidak menyebarkan spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.
"Kita sedang mengenal pasti kesemua suspek dan kes disiasat mengikut Seksyen 363/511 Kanun Keseksaan dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
"Pada masa sama, kita meminta mana-mana saksi yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian berkenaan agar tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat Jenayah Inspektor R. Arun di talian 013-3332385," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 07 2024
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu. - Gambar fail/X @bernamadotcom
Dana asing pacu Bursa Malaysia kepada aliran masuk bersih susulan pertumbuhan kukuh KDNK - MIDF Research
Dana asing yang merekodkan aliran keluar sehingga kini bertukar kepada aliran masuk bersih sebanyak RM4.9 juta.
Serangan balai polis: 7 termasuk 5 ahli keluarga suspek masih disiasat
Tujuh individu masih direman dan disiasat berhubung insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram yang mengorbankan dua anggota.
Eksport Malaysia rekod peningkatan ketara pada April 2024 - MITI
Perdagangan Malaysia mengekalkan prestasi kukuh dan trend peningkatan pada April 2024 dengan merekodkan pertumbuhan dua digit 12.1 peratus.
Ideologi Guardiola bentuk Man City muncul kelab terbaik England
Dominasi Manchester City dalam saingan domestik seakan terlalu sukar digugat apabila menjuarai Liga Perdana Inggeris buat kali keempat berturut-turut.
Perintah larangan: Che'gu Bard akan rayu keputusan mahkamah
Che'gu Bard, 45, akan membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Johor Bahru, yang mengeluarkan perintah larangan bersuara berhubung kes kasino Forest City, Iskandar Puteri.
ME 20/2024 peningkatan kes sebanyak 14.8%
Di Malaysia, pada ME 20/2024 iaitu pada12 Mei hingga 18 Mei 2024 sebanyak 1,230 kes COVID-19 dilaporkan, ia merupakan peningkatan sebanyak 14.8% berbanding ME 19/2024.
Suka kongsi hal peribadi di media sosial, mungkin alami FOMO
Mereka yang terlalu berkongsi hal-hal bersifat peribadi tentang kehidupan di media sosial mungkin mengalami sindrom FOMO (fear of missing out) atau 'ketakutan kehilangan' sesuatu peristiwa, perkembangan semasa dan masa kini di media sosial.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
Menurut anggota Lembaga Kaunselor Malaysia Prof Madya Dr Azmawaty Mohamad Nor, sindrom tersebut berpotensi memberi gangguan kepada emosi pengguna media sosial sekiranya tidak dikendalikan dengan baik.
AWANI Ringkas: Nahas helikopter Presiden Iran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Berjalan jauh, tidak dibenar duduk cabaran unit peronda TH
Berjalan kaki sehingga lapan kilometer sehari dan sebahagian besar masa dihabiskan dalam cuaca panas melebihi 40 darjah celsius sudah menjadi rutin kepada anggota Unit Pasukan Peronda Tabung Haji (TH) setiap kali musim haji tiba.
Helikopter Presiden Iran terhempas, apa selepas ini?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff mengulas berkenaan impak politik terhadap Iran susulan nahas helikopter yang meragut nyawa Ebrahim Raisi.
Wanita nyaris jadi mangsa culik, ditumbuk, diseret sekumpulan lelaki
Polis berkata kejadian pada jam 9.30 malam itu disedari suami wanita berkenaan selepas mendengar jeritan isterinya yang berusia 47 tahun itu.
Doktor Australia dibebaskan selepas 7 tahun diculik di Afrika Barat
Seorang doktor Australia berusia 88 tahun dibebaskan selepas lebih tujuh tahun ditahan di Afrika Barat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik kenyataan kerajaan Canberra pada Jumaat.
Polis selamatkan lelaki warga asing diculik
Polis berjaya menyelamatkan seorang lelaki warga asing yang diculik sekumpulan individu di Jalan Sentul Indah pada Jumaat lalu.
Mangsa culik empat sekeluarga termasuk bayi ditemui mati
Mayat mangsa ditemui di kawasan pedalaman, kira-kira 200 kilometer di tenggara San Francisco oleh seorang petani pada Rabu.
Ejen kosmetik mangsa culik selamat kembali ke rumah
Rosnazirah diiringi pulang oleh Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun ke kediaman keluarga di Kota Bharu pada Isnin petang.
Ejen produk kosmetik yang diculik berada dalam keadaan baik - Polis
Mangsa kini berada di Kuala Lumpur dan akan dibawa pulang dalam masa terdekat.
Hanya Allah mampu bantu, keluarga mangsa culik tidak henti lakukan solat hajat
Disebabkan terlalu sedih, rindu dan tertekan ibu mangsa jatuh sakit.
JKM kerjasama dengan polis, akan bertemu keluarga mangsa culik
PDRM akan melihat pelbagai aspek sama ada berlaku pengabaian terhadap wanita berikutan penglibatan suami mangsa dalam sindiket dadah.
Mayat mangsa culik tahun lalu ditanam di kebun sawit
Lelaki berusia 29 tahun itu telah dibunuh dan mayatnya ditanam di kebun sawit di daerah Bidor dengan dibungkus menggunakan kanvas.
Tujuh suspek ditahan kes culik, bunuh Datuk Seri
Kesemua suspek yang berusia di antara 30 dan 40 tahun ditahan sekitar Selangor sejak 11 pagi Jumaat.