TEMERLOH: Tidak sampai setahun aktif berniaga, wanita Orang Asli dari Suku Jahut ini bakal memiliki rumah impiannya Mei ini yang dibina hasil jualan menerusi TikTok.
Walaupun hanya rumah kecil untuk berteduh seisi keluarga, namun sudah cukup memberikan kepuasan kepada Nur Rafidah Man, 26, dari Kampung Penderas, Kuala Krau, di sini.
Beliau yang mula berniaga sejak November lepas dengan menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu, tidak menyangka perkongsian rutin harian, adat resam Orang Asli serta pemandangan suasana di kampungnya di aplikasi itu telah membuka pintu rezeki.
Menggunakan akaun @Jungle Girl, ibu kepada anak perempuan berusia enam tahun itu kini menjana pendapatan yang memuaskan dengan hampir 60,000 pengikut di TikTok.
Nur Rafidah berkata, keyakinan untuk berniaga melalui TikTok timbul selepas menjalani bengkel multimedia dan perniagaan digital anjuran guru pendidikan khas integrasi Sekolah Menengah Kebangsaaan (SMK) Kuala Krau, sekitar Jun dan Ogos tahun lepas.
"Pada awalnya saya ragu-ragu boleh ke nak buat tapi selepas pertama kali buat dan melihat hasil komisen yang dapat, rasa semangat itu datang dan tanpa berfikir panjang saya buat secara konsisten.
"Selepas itu, saya mula berani pula berniaga secara 'affiliate' (menjadi ejen) dengan melibatkan aktiviti promosi dan jualan secara langsung produk lain seperti makanan dan penjagaan kulit untuk mendapatkan komisen sampingan," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Menurutnya, antara yang dipelajari daripada bengkel tersebut ialah kaedah merakam video dan penyuntingan, pemilihan tajuk kandungan video yang menarik selain turut disediakan peralatan seperti mikrofon nirkawat, lampu dan tripod.
Bertitik tolak daripada itu, beliau yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu kantin sekolah cuba menghasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan.
"Saya tidak menjangkakan percubaan saya itu berhasil dan tidak pernah terfikir mampu menjana pendapatan lebih banyak berbanding pekerjaan dahulu," katanya yang telah menjual 9,000 unit produknya seperti minyak herba, jamu dan madu.
Sementara itu, guru multimedia pendidikan khas integrasi SMK Kuala Krau, Mohammad Hazeem Azemi berkata Rafidah, adalah antara 43 orang daripada kumpulan pertama Orang Asli yang mendapat manfaat daripada kemudahan studio multimedia di sekolah berkenaan.
Beliau berkata, walaupun studio tersebut khusus untuk pelajar pendidikan khas, namun kedudukan SMK Kuala Krau yang terletak di luar bandar iaitu kira-kira 35 kilometer dari bandar Temerloh, mendorong pihak sekolah membuka kemudahan itu kepada penduduk setempat termasuk Orang Asli.
"Saya percaya guru bukan sahaja mampu mengubah pemikiran murid tetapi juga mampu membantu meningkatkan sosioekonomi komuniti setempat," katanya. - BERNAMA
Bernama
Sun Mar 17 2024
Nur Rafidah dan suaminya, Rihan Rawi berbangga apabila bakal memiliki rumah impian pada Mei depan yang dibina hasil keuntungan jualan yang diperolehi di dalam platform media sosial, TikTok. - Gambar Bernama
Ippo Hafiz gagal hadirkan diri kes tuntutan cerai, hak jagaan anak
-Saya dah failkan kes ini pada Februari, harapnya dia datang lah bagi sebutan kes minggu hadapan supaya boleh selesaikan dengan cara yang baik.
Singapura sedia mengalu-alukan PM baharu pada Rabu
Lawrence Wong, 51, akan menggantikan Lee Hsien Loong, 72, yang telah berkhidmat sebagai perdana menteri sejak tahun 2004.
MBPP, MBSP diarah periksa pokok tua
Arahan juga dikeluarkan untuk kedua-dua pihak berkuasa tempatan (PBT) itu menjalankan pemeriksaan pokok secara berkala.
Agong terima menghadap Panglima Tentera Udara, Laut
Sultan Ibrahim turut berkenan mengajukan pelbagai soalan serta pandangan mengenai perkara-perkara berkaitan TUDM dan TLDM.
Akaun Fleksibel: Memahami impak, jangkaan selepas pengeluaran
Pengenalan akaun 3 oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menawarkan kelonggaran kepada pencarum untuk mengeluarkan sebahagian daripada tabungan dalam kadar tertentu bagi tujuan perbelanjaan kecemasan atau saat-saat diperlukan.
Laluan peringkat ke-4 LTdL 2024 diubah
Perubahan laluan itu diputuskan apabila penganjur melengkapkan tinjauan laluan baharu setelah mengambil kira faktor-faktor keselamatan.
Suara Rakyat: Akaun Fleksibel tampung keperluan hidup
Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Pulau Pinang memilih untuk melakukan pemindahan wang daripada Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel akibat kos sara hidup yang tinggi.
1MDB: Mahkamah Persekutuan tolak permohonan Apandi dalam kes saman Kit Siang
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Apandi untuk mendapatkan kebenaran meneruskan rayuannya terhadap penolakan Mahkamah Rayuan berkenaan tuntutan RM10 juta yang difailkannya terhadap Kit Siang.
Faisal Halim teringin makan nasi kandar
KEADAAN pemain Selangor FC, Faisal Halim semakin bertambah positif termasuk sudah teringin untuk menikmati nasi kandar.
Tiada laporan individu cedera langgar benang di SUKE - Polis
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya terkesan satu paparan berkaitan insiden itu yang tular di laman sosial pada Isnin.
Wanita Orang Asli berjaya bina rumah hasil jualan di TikTok
Nur Rafidah yang mempunyai 60,000 pengikut di TikTok mengasilkan produk sendiri berasaskan sumber hutan seperti kacip fatimah, tongkat ali dan madu.
Wanita Orang Asli Kampung Bakar Batu mahu pasarkan aksesori sisik ikan
Sisik ikan itu diolah menjadi subang atau anting-anting dan kerongsang oleh golongan wanita di kampung berkenaan.
Pensyarah TAR UMT jadi wanita Orang Asli pertama terima Geran Anugerah Merdeka
Masni Mat Dong menjadi wanita Orang Asli pertama di negara ini yang menerima Geran Anugerah Merdeka untuk Penempatan Antarabangsa.
KKM tubuh jawatankuasa siasatan isu Orang Asli dipaksa ikuti perancang keluarga
Kementerian Kesihatan (KKM) menubuhkan satu jawatankuasa siasatan dalaman bagi menyiasat dakwaan mengenai wanita Orang Asli di Perak dipaksa mengikuti program perancang keluarga.