awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
WEF2026: Dialog, adab, bukti elemen penting tangani manipulasi maklumat – Jemilah Mahmood
Taekwondo: Korea Selatan hasrat kerjasama dengan Korea Utara bagi penyenaraian UNESCO
Sekolah ditutup susulan gelombang sejuk landa China
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita Orang Asli maut dicekik suami di Gua Musang

Bernama
Bernama
14/12/2020
13:27 MYT
Wanita Orang Asli maut dicekik suami di Gua Musang
Kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah mereka yang terletak di kawasan pedalaman kampung itu. - Gambar hiasan
KOTA BHARU:Seorang wanita Orang Asli ditemukan mati selepas dipercayai dicekik suaminya dalam satu pergaduhan di rumah mereka di Kampung Liak, dekat Pos Brooke, Gua Musang, hari ini.
Ketua Polis Kelantan DCP Shafien Mamat, ketika dihubungi, berkata sepasukan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang bergegas ke lokasi kejadian yang terletak dekat dengan Tanah Tinggi Lojing, sejurus mendapat maklumat daripada adik mangsa.
Katanya, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa berusia 38 tahun bersama suaminya berada di rumah mereka yang terletak di kawasan pedalaman kampung itu.
"Siasatan awal polis mendapati berlaku perselisihan faham antara mangsa dengan suaminya menyebabkan lelaki itu mencekik isterinya dan mangsa dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Menurut Shafien, polis telah menahan suami mangsa berusia 40 tahun itu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Katanya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk bedah siasat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Gua Musang
#Orang Asli
#mangsa
#mati
#mayat
#wanita
#meninggal dunia
#siasatan
#lelaki
#maut
#maut dicekik suami
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan