awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita pandai pujuk, rayu mudah ceburi MLM

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
17/08/2020
03:21 MYT
Wanita pandai pujuk, rayu mudah ceburi MLM
Sifat semulajadi wanita untuk memujuk dan merayu menjadikan mereka lebih banyak menceburi bidang MLM. - Gambar hiasan
Sifat semulajadi wanita untuk memujuk dan merayu menjadikan mereka lebih banyak menceburi bidang pemasaran pelbagai peringkat (MLM) berbanding golongan lelaki.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, lantaran itu, platform itu menjadi pilihan kepada golongan wanita.
"Sebenarnya dari segi pendapatan, kita tidak memilih jantina, lelaki atau perempuan kena makan.
"(Namun) MLM secara umumkan digemari wanita kerana mereka pandai merayu dan memujuk, katanya pada sidang Parlimen di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Fadhli Shaari (Pas-Pasir Mas) mengenai penglibatan kira-kira 63 peratus wanita dalam syarikat jualan langsung berbanding lelaki.
Bagaimanapun, Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu itu berkata, kerajaan menggalakkan lelaki untuk turut menceburi bidang tersebut kerana ia tidak dihadkan kepada sesiapa.
Beliau turut menjelaskan bahawa kementeriannya bekerja rapat dengan platform e-dagang utama di Malaysia, Shopee dan Lazada bagi merancakkan industri jualan langsung.
Topic Berkaitan
#Dewan Rakyat
#MLM
#Parlimen
#syarikat jualan
#wanita
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan