awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Wanita pandu lawan arus rempuh tiga kenderaan lain di Perai

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
15/02/2021
04:34 MYT
Wanita pandu lawan arus rempuh tiga kenderaan lain di Perai
Gara-gara tidak tahu jalan, seorang wanita langgar dua buah kereta dan sebuah motosikal ketika dia memasuki laluan bertentangan. - Gambar ihsan pembaca
PERAI:Tidak tahu arah jalan dipercayai punca seorang wanita memandu secara melawan arus sehingga menyebabkan dia merempuh tiga buah kenderaan lain dalam kemalangan di susur Jalan Perusahaan Perai, di sini.
Kemalangan itu bagaimanapun tidak menyebabkan kematian dan ke semua pemandu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan dan menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, pihaknya menerima laporan mengenai insiden berkenaan pada jam 6.30 petang Ahad.
Siasatan awal pihaknya dimaklumkan wanita yang memandu kereta jenis Honda Civic dikatakan terkeliru dengan arah jalan menyebabkan dia memasuki laluan bertentangan sehingga melanggar kenderaan jenis Perodua Myvi, Proton Exora dan motosikal jenis Yamaha Y15.
"Akibat kemalangan itu, pemandu berusia 31 tahun dari Seberang Jaya itu melanggar dua kereta yang dipandu lelaki berusia 26 dan 29 tahun serta seorang penunggang motosikal lelaki berusia 31 tahun," kata Shafee dalam kenyataan, pada Isnin.
Shafee berkata, siasatan lanjut masih dijalankan berhubung kemalangan itu di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#wanita pandu lawan arus
#rempuh tiga kenderaan
#dua buah kereta
#sebuah motosikal
#Jalan Perusahaan Perai
#Seberang Perai
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan